Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pakar Bingung Punca Letupan “Misteri” Bawah Laut Di Sempadan Russia-Finland

Kejadian letupan misteri bawah laut di perairan Russia berhampiran Finland itu berlaku tidak lama selepas kejadian letupan akhir September lepas yang memusnahkan paip gas Nord Stream 1 yang menyalurkan gas daripada Russia kepada Eropah menerusi Jerman.

0 6,423

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Beberapa siri letupan bawah laut dilaporkan berlaku di perairan Russia berhampiran Finland pada Khamis dan Jumaat lepas, dengan punca disebalik kejadian itu masih belum dapat dipastikan oleh pakar-pakar.

Ahli seismologis Finland di Institut Seismologi di Universiti Helsinki yang mengesan lima letupan bawah laut di Russia berkata letupan itu berlaku di Teluk Finland berhampiran bandar Russia, Vyborg.

Bandar Vyborg ini terletak berhampiran dengan dengan sempadan Finland dan terletak kira-kira tiga jam perjalanan darat daripada ibu negara, Helsinki.

Letupan

Menurut pengarah institut berkenaan Timo Tiira yang memberitahu Newsweek, letupan-letupan bawah laut di berlaku di antara pukul 9.35 pagi dan 3.33 petang pada 20 Oktober dan tengah malam 12.08 pagi pada 21 Oktober.

Katanya, kekuatan letupan itu adalah di antara 1.3 hingga 1.8 pada skala Richter, yang digunakan untuk mengesan gempa bumi.

“Ciri-ciri kejadian itu menunjukkan bahawa ia adalah letupan dan bukan gempa bumi,” kata Tiira.

Beliau tidak mengetahui tentang kewujudan apa-apa infrastruktur penting berhampiran lokasi kejadian letupan bawah laut itu.

Paip-paip gas bawah laut Nord Stream terletak di kawasan lebih utara daripada kawasan siri letupan” misteri” itu.

Kejadian letupan misteri bawah laut di perairan Russia berhampiran Finland itu berlaku tidak lama selepas kejadian letupan akhir September lepas yang memusnahkan paip gas Nord Stream 1 yang menyalurkan gas daripada Russia kepada Eropah menerusi Jerman.

Letupan

Siasatan yang dijalankan sejurus selepas kejadian itu menunjukkan letupan itu telah memusnahkan sebahagian besar daripada paip gas Nord Stream itu dengan anggaran 50 meter daripada paip gas itu “hilang.”

Walaupun siasatan dijalankan, masih tidak dipastikan punca disebalik berlakunya letupan itu atau ia merupakan suatu tindakan sabotaj oleh pihak tertentu.

Paip gas Nord Stream itu dibina oleh Russia dengan kerjasama rakan-rakan asingnya untuk menyalurkan gas ke beberapa bahagian Eropah.

Beberapa negara Eropah tertentu dan Amerika Syarikat mendakwa letupan paip gas Nord Stream itu disebabkan oleh tindakan sabotaj, tanpa menyatakan dengan jelas identiti pihak yang bertanggungjawab.

Pihak Russia mendakwa letupan paip gas Nord Stream itu dilakukan oleh pihak Amerika Syarikat manakala Washington pula menyalahkan Moscow terhadap kejadian itu.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Kementerian Luar Russia menyatakan bahawa letupan itu berlaku di kawasan di “di bawah kawalan” agensi perisikan Amerika Syarikat, tetapi dinafikan oleh pihak Uncle Sam itu.

Letupan terhadap paip gas Nord Stream itu berlaku ketika kerajaan-kerajaan Eropah sedang bergelut dengan krisis tenaga dengan musim sejuk bakal menjelma tidak lama lagi.

Krisis tenaga Eropah itu berpunca apabila Russia memotong bekalan gas ke benua itu apabila hubungan antara Moscow dengan kerajaan di benua itu tegang berikutan konflik bersenjata di Ukraine.

Russia membekalkan kira-kira 40 peratus daripada penggunaan gas di Kesatuan Eropah tetapi bekalan gas Russia pada tahun ini telah berkurangan sebanyak 75 peratus. – – DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...