Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Turkiye Ganti Senjata Asing Digunakan Tenteranya Dengan Senjata-Senjata Buatan Tempatan

Kontrak itu menyaksikan senjata-senjata buatan syarikat pertahanan Turkiye seperti peluru berpandu anti-kapal "ATMACA", torpedo "AKYA" dan sistem pertahanan udara "SAPAN" menggantikan senjata-senjata buatan asing yang digunakannya sebelum ini.

0 5,126

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan Turkiye telah menandatangani kontrak untuk menggantikan senjata-senjata digunakan oleh angkatanya tentera tetapi dibuat oleh oleh negara asing dengan senjata yang diperbuat oleh syarikat-syarikat pertahanan tempatannya.

Antara kontrak yang ditandatanganinya dengan syarikat tempatan adalah dengan ROKETSAN dan pelbagai syarikat dalam negara lain untuk membolehkan pembuataan torpedo “AKYA”, peluru berpandu anti-kapal “ATMACA”  dan sistem pertahanan udara “SAPAN.”

Kesemua senjata itu dibangunkan oleh ROKETSAN, menurut Kementerian Pertahanan Turkiye.

“Dengan infrastruktur teknologi, kapasiti pembuataan dan kemampuan kejuruteraan, Turkiye telah menjadi pangkalan pembuatan bagi teknologi-teknologi yang kritikal. “

“Kepentingan projek-projek ini di dalam industri pertahanan lebih difahami apabila berhadapan dengan ancaman dan bahaya daripada segala perkembangan yang berlaku di rantau kita dan seluruh dunia,” kata Menteri Pertahanan Turkiye Yasar Guler dalam majlis menandatangani kontrak itu di Ankara.

Peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” adalah peluru berpandu anti-kapal jarak jauh yang dibangunkan oleh ROKETSAN, bertujuan untuk menggantikan secara berperingkat peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” yang dibangunkan oleh syarikat Amerika Syarikat, Boeing.

Turkiye
Torpedo “AKYA”

 

Tentera laut Turkiye mula membangunkan peluru berpandu anti-kapal ‘ATMACA’ itu pada 2009.

Kapal tentera laut Turkiye pertama yang melancarkan peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” itu adalah kapal TCG Kinaliada pada November 2019.

Selepas selesai menjalani pelbagai ujian dalam semua keadaan scenario,maka peluru berpandu itu diiktiraf sebagai sudah bersedia untuk diproduksi secara besar-besaran.

Peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” telah menjalani ujian terakhir pada June 2021 dan peluru berpandu itu telah mencapai Initial Operational Capability (IOC).

STM, yang merupakan salah sebuah syarikat pembuat kapal perang untuk Tentera Laut Turkiye telah menyatakan bahawa pihaknya telah menandatangani perjanjian dengan ROKETSAN untuk melengkapkan 11 plaform yang sedang dibinanya dengan peluru berpandu anti-kapal.

Torpedo berat ‘AKYA” telah pun berjaya melaksanakan ujian penembakan torpedo daripada kapal selam kelas-Preveze, dengan proses integrasi itu dlaporkan sedang berjalan dengan baik.

Turkiye
Sistem pertahanan udara “SAPAN”

 

Torpedo berat “AKYA” telah berjaya menjalani ujian penembakan di kapal selam kelas-Perveze.

Integrasi sistem torpedo itu ke kapal selam “Preveze” milik Tentera Laut Turkiye telah pun dilaksanakan dengan jayanya, dengan perancangan seterusnya untuk melengkapkannya pula dengan kapal-kapal selam kelas-Gur.

Torpedo “AKYA” itu dijangka aka menggantikan torpedo DM2A4 (SeaHake Mod 4) yang dibangunkan oleh Altas Elektronik dan torpedo MK48 yang dibangunkan oleh Lockheed Martin.

Torpedo “AKYA” yang dibangun dan direkabentuk oleh ROKETSAN untuk membedil kapal-kapal selam lain dan kapal permukaan boleh beroperasi secara autonomous atau dipandu menggunakan sistem kawalan kabel fibre-optic.

Ia dilengkapi dengan active/passive sonar homing head.

Sementara itu, sistem pertahanan udara “SAPAN” dibangunkan untuk menggantikan peluru berpandu Evolved Seasparrow yang telah dibangunkan oleh RTX, yang sebelum ini dikenali sebagai Raytheon Technologies.

Diadaptasi daripada sistem pertahanan udara “HISAR”, “SAPAN” telah memasuki perkhidmatan tentera laut negara Mediterranean itu apabila telah dipasang di kapal friget, TCG Istanbul. — DSA

.To contact email: lulwabyadah@gmail.com 

Comments
Loading...