Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Buat Pertama Kali, Hezbollah Guna Peluru Berpandu Anti-Kereta Kebal “Almas” Terhadap Israel

(VIDEO) Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas”  keluaran Iran itu dikatakan adalah hasil usaha “reverse-engineer” (ciplak) daripada peluru berpandu anti-kereta kebal “Spike” keluaran Israel. Kini Hezbollah menggunakan "Almas" untuk membedil kedudukan “tuannya” kembali, tentera Israel yang mula-mula membangunkan peluru berpandu itu.

0 1,584

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kumpulan bersenjata Hezbollah dilaporkan buat pertama kalinya telah menggunakan peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” buatan Iran terhadap kedudukan tentera Israel di selatan Lubnan baru-baru ini.

Apa yang menariknya adalah, peluru berpandu anti-kereta kebal generasi ketiga “Almas” buatan Iran itu dipercayai adalah hasil usaha reverse-engineered daripada peluru berpandu anti-kereta kebal “Spike” tentera Israel.

Kini sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas”  keluaran Iran yang dikatakan adalah hasil usaha “reverse-engineer” (ciplak) peluru berpandu anti-kereta kebal “Spike”, telah digunakan untuk membedil kedudukan “tuannya”, tentera Israel yang merupakan pihak yang mula-mula membangunkan peluru berpandu itu.

Menurut maklumat, pejuang-pejuang Hezbollah berjaya merampas peluru berpandu anti-kereta kebal “Spike” Israel ketika konflik antara kedua-dua pihak di selatan Lubnan pada 2006 dan bertindak menyerahkannya kepada Iran.

Pakar-pakar persenjataan Iran yang memperolehi sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Spike” itu telah bertindak melakukan “reverse-engineer” terhadap sistem persenjataan moden itu dan berjaya menghasilkan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas.”

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” itu telah didedahkan oleh Iran pada 2021, di mana ia memiliki beberapa varian daripada lancaran anggota tentera (man-portable), lancaran udara (air-launched) serta boleh dilancarkan daripada kenderaan-kenderaan.

Sebagaimana peluru berpandu “Spike”, peluru berpandu “Almas” itu juga menggunakan wayar fibre-optik bagi mod “fire-observe-and-update” bagi membolehkan pengendalinya memandu peluru berpandu itu ke arah sasarannya dengan darjah ketepatan yang tinggi.

Selain varian menggunakan wayar fibre-optik, peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” itu juga mempunyai varian “fire-and-forget” yang hanya memerlukan pengendalinya “lock-on” kepada sasaran dan membiarkan peluru berpandu menuju ke sasarannya.

Peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” itu mempunyai kemampuan untuk membedil sasaranya sejauh 8km.

Dalam satu video disiarkan oleh pejuang Hezbollah yang membuktikan penggunaan peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” buat pertama kali oleh mereka, ia menunjukkan peluru berpandu itu terbang tinggi (climb) untuk beberapa ketika sebelum ia menjunam dan membedil sebuah dome yang dipercayai menempatkan radar tentera Israel.

Sepanjang pelancaran itu, video yang berada pada peluru berpandu itu merakam keseluruhan penerbangannya ke sasaran sehinggalah ia membedil sasarannya.

Almas
“Almas” keluaran Iran
Spike
Peluru berpandu “Spike” keluaran Israel

 

Kemudahan tentera Israel yang menempatkan radar dan pelbagai lagi peralatan sensitif di atas bukit tinggi itu bertujuan membolehkan pihak Yahudi memantau bandar Naqoura dan kawasan persekitarannya di selatan Lubnan.

Bagi pemerhati ketenteraan serantau, pemilikan senjata-senjata seperti peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” oleh pejuang Hezbollah tidak sepatutnya memeranjatkan semua pihak kerana Iran menurut mereka telah bertindak memindahkan lebih banyak senjata-senjata moden dan roket kepada kumpulan bersenjata yang berpangkalan di selatan Lubnan itu.

Sebagaimana dilihat dalam video yang disiarkan oleh Hezbollah, senjata seperti peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” memberikan cabaran yang unik kepada tentera Israel kerana ia boleh dilancar daripada mana-mana kedudukan yang sebelum ini tidak boleh dilakukan oleh senjata anti-kereta kebal sebelum ini.

Kini kedudukan-kedudukan tentera Israel yang berada di atas puncak gunung dan bukit juga tidak terlepas daripada ancaman pejuang-pejuang Hezbollah.– DSA

To contact email: lulwabyadah@gmail.com 

Comments
Loading...