Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tindakan Kanada Tiada Kesan, Turkiye Bangunkan Komponen Elektro-Optikal Sendiri

Berhadapan dengan tindakan pergantungan eksport komponen elektro-optikal daripada Kanada, syarikat-syarikat pertahanan Turkiye telah mula menggantikan komponen terbabit di dron-dron keluaran mereka dengan komponen elektro-optikal serta sistem bidikan (targeting system) keluaran tempatan.

0 9,188

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Kanada mahu Turkiye meluluskan permohonan Sweden untuk menyertai pakatan ketenteraan NATO, sebelum negara Amerika Utara itu menyambung kembali eksport komponen elektro-optikal berteknologi tinggi yang amat penting untuk sistem pesawat tanpa pemandu kepada Ankara.

Kanada menggantung eksport komponen elektro-optikal berteknologi tinggi kepada Turkiye pada 2020.

Tindakan Kanada mengaitkan isu pergantungan eksport komponen elektro-optikal untuk dron dengan permohonan Sweden menyertai NATO itu telah didedahkan oleh Presiden Turkiye Recep Tayyep Erdogan kepada media negara itu.

Menurut beliau, Amerika Syarikat menyokong tindakan Kanada itu.

“Di dalam isu komponen elektro-optikal untuk dron yang kita mahu daripada mereka. Kanada berkeras: Sweden, Sweden. Amerika Syarikat juga mengulangi perkara yang sama,” kata Erdogan sebagaimana dipetik oleh media-media negara itu.

Bayraktar TB3
Bayraktar TB3

 

Berhadapan dengan tindakan pergantungan eksport komponen elektro-optikal daripada Kanada, syarikat-syarikat pertahanan Turkiye telah mula menggantikan komponen terbabit di dron-dron keluaran mereka dengan komponen elektro-optikal serta sistem bidikan (targeting system) keluaran tempatan.

Sweden dan Finland memohon untuk menyertai NATO berikutan kebimbangan akibat tindakan ketenteraan Russia terhadap Ukraine pada Februari tahun lepas.

Walaupun permohonan Finland untuk menyertai NATO diluluskan oleh anggota pakatan ketenteraan itu yang lain, namun permohonan Sweden masih “tersangkut” sehingga kini disebabkan tentangan oleh Turkiye dan juga Hungary.

Ankara menyatakan kehadiran individu-individu dikategorikan sebagai pengganas di Sweden serta keengganan negara Scandinavia itu mengambil tindakan terhadap penghinaan dan pembakaran kitab suci Al-Quran.

Apa yang nyatakan adalah tindakan Kanada menggantung eksport komponen elektro-optikal kepada Turkiye tidak merencatkan perkembangan syarikat-syarikat pembuat dron negara Mediterranean itu.

Turkiye
Komponen elektro-optikal.

 

Selcuk Bayraktar, ketua pegawai teknologi Baykar Technology yang membangunkan dron Bayraktar TB2 dilaporkan berkata dron-dron keluaran syarikatnya telah dibangunkan dengan rekabentuk nasional yang unik termasuk komponennya, komputer, perisian, aerodinamik dan mekanik.

Kata beliau, komponen yang diimport daripada Kanada termasuk komponen kamera telah pun dibangunkan dan dihasilkan dalam negara.

“Embargo telah ada sejak bertahun lama sejak kami belum memulakan operasi, tetapi ia tidak pernah menghalang kami,” kata Selcuk.

Berikutan tindakan Kanada menggantung eksport komponen elektro-optikal pada Turkiye, syarikat pertahanan negara itu, Aselsan, telah membangunkan dan menghasilkan kamera Common Aperture Targeting System.

Sementara itu, Erdogan juga menyatakan bahawa beliau akan membiarkan Parlimen Turkiye menentukan bilakah mereka akan membincangkan permohonan Sweden untuk  menyertai NATO itu.

Pada Oktober 212, Turkiye yang juga adalah anggota NATO mahu membeli 40 buah pesawat pejuang F-16 dan 79 kit permodenan yang dianggarkan bernilai US$20 bilion.

Turkiye
Peralatan elektro-optikal digunaka oleh dron Predator Amerika.

 

Walaupun pentadbiran Presiden Biden berjanji untuk meluluskannya tetapi permohonan Turkiye itu mendapatkan tentangan daripada Kongres negara itu disebabkan keengganan Ankara meluluskan permohonan Sweden menyertai NATO.

Erdogan memberikan gambaran bahawa Turkiye akan hanya meluluskan permohonan Sweden itu, sekiranya Kongres Amerika Syarikat meluluskan permohonan Ankara untuk mendapatkan pesawat pejuang F-16 itu.

“Jika anda (pentadbiran Biden) mempunyai Kongres, saya memiliki Parlimen. Anda kata (pentadbiran Biden) anda akan mengambil tindakan tentang isu F-16 selepas mengemukakannya kepada Kongres. Saya juga mempunyai Parlimen,” kata Erdogan. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

 

 

Comments
Loading...