Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sudah Tiba Masa Turki Henti Beli Senjata Buatan Amerika – Penasihat Erdogan

Dipetik sebagai berkata dalam portal Nordic Monitor, Cagri Erhan yang merupakan penasihat keselamatan dan dasar luar negara kepada Presiden Recep Tayyep Erdogan berkata Turki tidak perlu membeli pesawat pejuang F-16 atau memerlukan pesawat itu, malah mendakwa F-16 tidak termasuk antara 10 pesawat pejuang terbaik dunia ketika ini.

0 2,149

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Seorang anggota jawatankuasa keselamatan dan dasar luar negara Presiden Turki menyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk negara Mediterranean itu berhenti daripada membeli sistem persenjataan buatan Amerika Syarikat.

Dipetik sebagai berkata dalam portal Nordic Monitor, Cagri Erhan yang merupakan penasihat keselamatan dan dasar luar negara kepada Presiden Recep Tayyep Erdogan berkata Turki tidak perlu membeli pesawat pejuang F-16 atau memerlukan pesawat itu.

Masanya telah tiba kepada Turki menurut beliau, untuk “menutup buku” daripada memperolehi sistem persenjataan keluaran Amerika Syarikat dan Washington boleh menjual pesawat pejuang kepada sesiapa sahaja.

F-16 Turki

Ankara juga katanya tidak perlu membeli pesawat pejuang F-16 sambil mendakwa bahawa pesawat yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin tidak termasuk dikalangan 10 pesawat pejuang terbaik di dunia.

Pada 2021,Turki telah mengemukakan permohonan kepada Amerika Syarikat untuk membeli 40 buah pesawat F-16 Block 70 dan 80 kit permodenan pesawat F-16 sedia ada yang dianggarkan bernilai US$6 bilion (RM24 bilion).

F-16 Block 70 merupakan varian terkini pesawat pejuang keluaran Lockheed Martin.

Bagaimanapun usaha Turki untuk memperolehi pesawat-pesawat pejuang terkini F-16 itu dan modification kits itu mendapat tentangan keras kongres Amerika Syarikat yang terpengaruh dengan lobi daripada kumpulan-kumpulan pro-Greek.

Turki, Greek dan Amerika Syarikat merupakan negara-negara anggota NATO.

S-400
S-400 Turki

 

Erhan juga adalah rector di Universiti Altinbas kemudiannya menulis dalam sebuah akhbar tempatan bahawa Ankara telah dikeluarkan daripada program pembangunan pesawat pejuang generasi kelima F-35 secara “tidak adil” oleh Amerika Syarikat.

Beliau juga mendakwa bahawa Turki terpaksa membeli sistem pertahanan udara S-400 daripada Russia selepas Amerika Syarikat enggan menjual sistem pertahanan udara Patriot kepadanya.

Penasihat presiden Turki itu juga mengatakan bahawa negara itu tidak perlu membeli pesawat F-16 hanya kerana ia tidak boleh memperolehi pesawat F-35.

Washington menghukum Turki dengan mengeluarkan negara itu daripada program pembangunan pesawat F-35 selepas Ankara berkeras mahu membeli sistem pertahanan udara S-400 buatan Russia.

S-400
S-400

 

Amerika bimbang Russia akan menggunakan sistem pertahanan udara S-400 yang diibeli oleh Turki itu untuk “mencungkil” rahsia berkenaan pesawat F-35 itu.

Sementara itu seorang lagi penasihat keselamatan dan dasar luar negara kepada Presiden Erdogan dipetik sebagai berkata sebelum ini bahawa imbangan kuasa di antara Turki dan musuh ketatnya, Greek telah berubah berikutan bantuan ketenteraan negara-negara Eropah kepada Athens.

Beliau menambah bahawa tugas tentera Turki menjadi semakin sukar.

S-400

Bekas pegawai tentera udara Turki, Mesut Hakki Casin berkata bahawa dominasi udara kini telah berpindah ke tangan Greek selepas negara itu memperolehi jet-jet pejuang baru.

Pada ketika Tentera Udara Turki “dirudung malang” kerana dihalang daripada memperolehi pesawat F-16 tambahan serta “ditendang keluar” daripada program pembangunan pesawat F-35,  musuh ketatnya iaitu Greek pula baru sahaja menerima enam buah pesawat pejuang Rafale daripada 24 buah yang dibelinya daripada Perancis bernilai US$3.4 bilion (RM13.6 bilion). — DSA

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

Comments
Loading...