Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Turki Letak Perunding Industri Pertahanan Di Sembilan Negara Termasuk M’sia

Pada ketika ini, Malaysia memang menjadi tumpuan syarikat-syarikat dan industri pertahanan Turki yang "berlumba-lumba" mahu memasarkan produk-produk keluaran mereka kepada negara Asia Tenggara ini.

0 3,503

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turki akan melantik Perunding Industri Pertahanan (Defence Industry Consultants) di sembilan buah negara termasuk Malaysia yang dianggap sebagai penting untuk industri pertahanan negara itu.

Selain Malaysia,negara-negara lain yang dianggap sebagai penting untuk industri pertahanan Turki adalah Qatar, Pakistan, Brazil, Indonesia, Azerbaijan, Oman, Bangladesh dan United Kingdom.

Turki akan meletakkan perunding-perunding di kesemua sembilan buah kedutaan terbabit, menurut oleh media negara itu, Daily Sabah hari ini.

Turki
Dron “Anka” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries.

 

Malaysia sememangnya merupakan negara yang penting untuk industri pertahanan Turki selepas syarikat negara itu, FNSS dengan kerjasama syarikat tempatan, DEFTECH telah berjaya menjual kenderaan-kenderaan berperisainya kepada Tentera Darat Malaysia.

Kereta-kereta perisai keluaran syarikat FNSS yang berjaya dijual kepada Tentera Darat adalah “Gempita” (PARS) 8×8 dan “Adnan”.

Selepas daripada kenderaan-kenderaan perisai itu, syarikat-syarikat pertahanan Turki semakin aktif di Malaysia dengan menawarkan lagi pelbagai sistem pertahanan dibangunkan mereka kepada ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Antaranya adalah pesawat tanpa pemandu “Anka” (Medium Altitude Long Endurance) dan oesawat Fighter Lead In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) “Hurjet” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI).

Dalam penawaran pesawat FLIT/LCA “Hurjet”, TAI menawarkan untuk memasang pesawat itu di Malaysia sekiranya negara memilih pesawat itu yang masih lagi dikategorikan sebagai pesawat prototaip.

Arma
Kenderaan perisai “Arma 6×6” dibangunkan oleh syarikat Otokar dari Turki dengan meriam 90mm.

 

“Hurjet” dijadual melakukan penerbangan sulungnya pada tahun depan.

Selain itu syarikat-syarikat Turki turut menawarkan kenderaan perisai 6×6 dan 4×4 seperti “Arma” dan “Pars” mereka kepada Malaysia manakala bagi 4×4 pula syarikat Otokar menawarkan kenderaan “Cobra II.”

Syarikat-syarikat Turki itu amat berminat untuk terlibat dalam menggantikan kenderaan “Condor” dan “Sibmas” tentera darat yang telah ditamatkan perkhidmatannya oleh Tentera Darat.

Syarikat pertahanan Turki, MKE juga telah menunjukkan minat untuk turut serta dalam persaingan untuk membekalkan meriam-meriam bergerak (self propelled howitzer) kepada tentera darat Malaysia.

Yavuz SPH
Sistem Yavuz SPH

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

MKE menerusi rakan tempatannya menawarkan meriam bergerak 155mm 52 Cal “Yavuz” kepada Tentera Darat, tetapi syarikat Turki itu dijangka berhadapan dengan persaingan sengit daripada sistem meriam bergerak yang lain seperti “Caesar” dan lain-lain lagi.

Pada ketika ini, Malaysia memang menjadi tumpuan syarikat-syarikat dan industri pertahanan Turki.

Pada pameran DSA 2022 tahun ini, separuh daripada ruang pamerannya dikuasai oleh syarikat-syarikat pertahanan Turki. — DSA

 

Comments
Loading...