Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

F/A-18E/F Super Hornet, “Bintang” Sebenar Filem Top Gun: Maverick

Walaupun Tom Cruise merupakan pelakon utama pada filem “Top Gun: Maverick” kali ini, tetapi bagi admin “bintang utama” pada filem aksi yang sedang ditayangkan di pawagan di Malaysia ketika ini adalah pesawat pejuang F/A-18E/F Super Hornet.

0 2,252

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini, ramai yang telah menonton filem “Top Gun: Maverick”, yang merupakan sequel kepada filem “Top Gun” yang dihasilkan pada tahun 1986 tentang sekumpulan juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat.

Walaupun Tom Cruise merupakan pelakon utama pada filem “Top Gun: Maverick” kali ini, tetapi bagi admin “bintang ” pada filem aksi yang sedang ditayangkan di pawagan di Malaysia ketika ini adalah pesawat pejuang F/A-18E/F Super Hornet.

Dalam filem Top Gun 1986, selain pelakon-pelakonnya, bintang utama filem blockbuster itu adalah pesawat pejuang F-14 “Tomcat” dibangunkan oleh syarikat Grumann yang turut membuat penampilan ringkas pada filem Top Gun terkini.

Super Hornet
Filem Top Gun: Maverick

 

Kini bintang utama filem Top Gun: Maverick adalah pesawat F/A-18E/F Super Hornet yang dibangunkan oleh firma Boeing Defense, Space and Security.

Tentera Laut Amerika Syarikat mengoperasikan kira-kira 540 buah pesawat Super Hornet, Australia (24 buah) dan Kuwait (28 buah).

Serba-sedikit mengenai “bintang” utama filem Top Gun: Maverick itu, walaupun pesawat F/A-18E/F Super Hornet itu kekal sebagai pesawat utama bagi Tentera Laut Amerika Syarikat yang beroperasi di kapal-kapal pengangkut pesawat, tetapi ia bukanlah pesawat yang “muda”.

Malah pesawat F/A-18E/F Super Hornet itu sudah agak berusia dengan umurnya sudah pun menjangkau 23 tahun sejak ia mula beroperasi dengan Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1999.

Pesawat F/A-18E Super Hornet adalah pesawat satu tempat duduk manakala pesawat F/A-18F Super Hornet pula adalah pesawat dua tempat duduk.

TUDM
Pesawat F/A-18D Hornet TUDM (credit to the owner of the pix)

 

Pesawat Super Hornet itu dibangun untuk menggantikan pesawat-pesawat “Legacy Hornet” F/A-18C/D Hornet seperti pesawat Hornet yang masih digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pada ketika ini, pesawat Super Hornet digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dalam dua varian iaitu F/A-18E/F dan EA-18G Growler yang merupakan pesawat khususnya di dalam aspek peperangan elektronik.

Pesawat EA-18G Growler itu menggantikan pesawat EA-6B Prowlers.

Apa yang berbeza di antara pesawat Hornet (sebagaimana yang digunakan oleh TUDM) dan Super Hornet?

Pesawat Super Hornet dikatakan 20 peratus lebih besar dan 6,800kg lebih berat berbanding Hornet kerana ia boleh membawa lebih banyak minyak iaitu 33 peratus membolehkan ia beroperasi 41 peratus lebih jauh dan 50 peratus lebih lama berbanding pesawat terdahulu.

Super Hornet

Pada awal tahun 2000 Malaysia ditawarkan pesawat F/A-18E/F Super Hornet bagi menggantikan lapan buah pesawat Hornet sedang digunakan oleh TUDM dalam program “buy back” dimana syarikat pengeluar pesawat itu membeli pesawat Legacy Hornet milik negara dan menggantikannya dengan pesawat Super Hornet yang lebih moden itu.

Bagaimanapun cadangan kekal hanya cadangan dengan TUDM memutuskan untuk mengekalkan penggunaan pesawat Hornet sehingga tahun 2035 disebabkan kekurangan peruntukkan untuk memperolehi pesawat yang lebih moden.

Nak teruskan niat membeli pesawat Super Hornet pun perlu kajian mendalam kerana Tentera Laut Amerika Syarikat bercadang untuk menamatkan khidmat Super Hornet menjelang tahun 2035 dan menggantikannya dengan pesawat-pesawat generasi kelima F-35 (varian B dan C).

Super Hornet

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Walaupun begitu, Tentera Laut Amerika Syarikat telah mula menerima varian pesawat Super Hornet termoden yang dipanggil “Super Hornet Block III” yang dilengkapi antaranya dengan pelbagai kelengkapan baru termasuk radar aktif yang baru.

Pada tahun 2020, Tentera Laut Amerika Syarikat membelanjakan US$4 bilion (RM16 bilion) untuk mendapatkan 78 buah pesawat F/A-18E/F Super Hornet Block III yang memiliki kemampuan jaringan (network) yang dipertingkatkan, jarak operasi lebih jauh menerusi penggunaan conformal fuel tanks,  radar cross section yang lebih kecil,kokpit yang lebih canggih dan sistem komunikasi yang dipertingkatkan.

Jangka hayat enjinnya juga dipertingkatkan daripada 6,000 jam kepada 10,000 jam. – DSA

Super Hornet
Kokpit Super Hornet Block III
Comments
Loading...