Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Chakri Naruebet”, Kapal Pengangkut Pesawat Terkecil Dunia

Maka pada 1992, Thailand memulakanlah usaha membina kapal pengangkut pesawat bernilai US$285 juta (RM1.14 bilion) yang dinamakan “HTMS Chakri Naruebet” (CVH-911) dan siap pada 1997 selepas lima tahun pembinaannya untuk muncul sebagai satu-satunya kapal pengangkut pesawat di rantau Asia Tenggara.

0 5,461

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada akhir 1980-an, Tentera Laut Thailand mahukan suatu simbol yang dapat menonjolkan kekuasaan dan kekuatan negara Asia Tenggara itu dan ia memutuskan untuk memiliki sebuah kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier).

Maka pada 1992, Thailand memulakanlah usaha membina kapal pengangkut pesawat bernilai US$285 juta (RM1.14 bilion) yang dinamakan “HTMS Chakri Naruebet” (CVH-911) dan siap pada 1997 selepas lima tahun pembinaannya untuk muncul sebagai satu-satunya kapal pengangkut pesawat di rantau Asia Tenggara.

Sudah tentu ia amat membanggakan bagi Thailand kerana memiliki satu-satunya kapal pengangkut pesawat di rantau itu.

Chakri

Rekabentuk kapal pengangkut pesawat itu adalah berdasarkan kepada kapal Tentera Laut Sepanyol “Principe de Asturias” dan dibina oleh syarikat pembuat kapal Sepanyol, Bazan.

Bagaimanapun, malang menimpa kerana sebaik sahaja ia siap pada 1997, Thailand sebagaimana negara-negara Asia yang lain telah dilanda masalah kewangan dan ekonomi yang serius dalam apa yang dipanggil “Krisis Kewangan Asia”.

Disebabkan masalah kewangan dan ekonomi yang serius dihadapi oleh kerajaan Thailand akibat krisis kewangan, maka kapal “HTMS Chakri Naruebet” yang sepatutnya menjadi simbol kebanggaan negara dan tentera laut negara itu lebih banyak menghabiskan masanya di Pangkalan Laut Sattahip daripada belayar di laut.

Chakri

“Chakri Naruebet” itu bermaksud “Kedaulatan Dinasti Chakri”.

Dengan berat mencecah 11,400 tan (full load), panjang keseluruhan kapal kebanggaan tentera laut Thailand adalah 182 meter.

Dengan “saiz” keseluruhannya itu, kapal “Chakri Naruebet” itu diiktiraf sebagai kapal pengangkut pesawat terkecil di dunia, jauh lebih kecil berbanding kapal-kapal pengangkut pesawat yang lain.

Namun Tentera Laut Thailand enggan mengkategorikan kapalnya itu sebagai kapal pengangkut pesawat tetapi memanggilnya “kapal pembawa helikopter.”

Ia boleh membawa 62 pegawai, 393 anggota dan 146 krew penerbangan bagi mengendalikan sembilan buah pesawat pejuang AV-8S (Matador) Harrier yang diperolehi terpakai daripada Tentera Udara Sepanyol dan enam buah helikopter SH-70 bagi mengangkut anggota tentera marin negara itu.

Chakri

Bagaimanapun pada 2006, pasukan udara kapal “Chakri Naruebet itu telah dibubar dengan kesemua pesawat AV-8 milik Tentera Marin Thailand itu ditamatkan perkhidmatannya, membuatkan kapal pengangkut pesawat tunggal Asia Tenggara itu tiada pesawat.

Walaupun tanpa sebarang pesawat pejuang, kapal pengangkut pesawat tentera laut Thailand tetap menabur bakti kepada negara itu terutamanya dalam misi-misi kemanusiaan seperti menyelamatkan mangsa ketika negara itu dilanda Tsunami tidak lama dahulu.

Chakri

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Ia juga digunakan untuk membawa keluarga diraja Thailand “bersiar-siar”, sehingga menyebabkan orang ramai menggelar “Chakri Naruebet” itu sebagai kapal persiaran diraja.

Ada juga pemerhati di Thailand menggelar kapal pengangkut pesawat itu “Thai-tanic”, sebagai lawak jenaka terhadap kapal yang disifatkan sebagai tidak lebih “gajah putih” dalam armada Tentera Laut Thailand. — DSA

 

Comments
Loading...