Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Bakal Hilang 900 Pesawat Dlm Konflik Di Taiwan, Kemusnahan China Lagi Teruk

"Antara senario didapati oleh badan pemikir antarabangsa itu adalah, konflik tersebut akan mengakibatkan Amerika Syarikat kehilangan kira-kira 900 buah pejuang dalam tempoh empat minggu konflik di antara Amerika Syarikat dan China di Selat Taiwan, " kata Centre for Strategic and International Studies (CSIS).

0 2,398

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Badan pemikir antarabangsa berpengkalan di Amerika Syarikat, Centre for Strategic and International Studies (CSIS) telah melakukan simulasi peperangan di Selat Taiwan sekiranya konflik bersenjata tercetus di antara Amerika Syarikat dan China akibat pencerobohan Beijing terhadap Taiwan.

Apa yang didapati oleh badan pemikir antarabangsa itu adalah, peperangan yang berlaku itu adalah amat sengit dan bakal mengakibatkan kemusnahan yang besar terhadap tentera Amerika Syarikat dan China. 

“Antara senario didapati oleh badan pemikir antarabangsa itu adalah, konflik tersebut akan mengakibatkan Amerika Syarikat kehilangan kira-kira 900 buah pejuang dalam tempoh empat minggu konflik di antara Amerika Syarikat dan China di Selat Taiwan, ” kata CSIS. 

F-18
Pesawat F-18 diatas dek kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan.

 

Walaupun Amerika Syarikat akan mengalami kemusnahan yang besar daripada segi aset-aset tenteranya, namun kemusnahan yang dialami oleh tentera China adalah jauh lebih tinggi berikutan daripada konflik itu, kata penasihat kanan CSIS Mark Cancian. 

“Berita baik selepas konflik ketenteraan di antara Amerika Syarikat dan China adalah, Taiwan akan kekal menjadi pulau yang bebas (China gagal menakluk dan menjadikannya sebahagian daripada negaranya),” katanya Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Taiwan terpaksa “membayar harga yang tinggi” untuk memastikan ia terus bebas daripada China. 

“Harga yang tinggi” itu termasuklah Amerika Syarikat kehilangan ratusan pesawat pejuang, kapal pengangkut pesawat, kapal perang serta kemusnahan terhadap ekonomi Taiwan. 

Kemusnahan yang dialami oleh aset-aset tentera laut dan udara China kata penganalisis terbabit juga adalah jauh lebih tinggi daripada dialami oleh musuh-musuhnya, selain ekonominya merudum teruk. 

Taiwan
Sebuah pesawat F-16 Taiwan mengiringi pesawat pengebom H-6 China yang menceroboh ADIZ pulau itu.

 

Penasihat kepada CSIS itu menyatakan bahawa armada tentera laut China mengalami kemusnahan yang amat teruk kerana “ia terdedah” kepada serangan, sambil meramalkan bahawa tentera laut negara itu kehilangan kira-kira 100 buah kapal perang dalam operasi amfibia di Taiwan. 

Simulasi peperangan yang dirangka oleh CSIS cuba meramalkan apa yang bakal berlaku sekiranya konflik di antara Washington dan Beijing berlaku akibat Taiwan. 

Cancian mengatakan bahawa pihak akan mengadakan lebih banyak simulasi peperangan di antara kedua-dua pihak termasuk serangan terhadap tanah besar China dan peranan yang dimainkan oleh Jepun.

Keadaan di Selat Taiwan tegang berikutan lawatan Speaker Amerika Syarikat Nancy Pelosi ke pulau itu baru-baru ini dengan China yang mesih menganggap pulau itu sebahagian daripada wilayahnya mengancam untuk “bertindak-balas.

Pelosi singgah di Taiwan sebagai sebahagian daripada jadual lawatannya ke Asia, yang merupakan lawatan pertama Speaker Amerika Syarikat ke Taiwan dalam tempoh 25 tahun.

Taiwan

Sehubungan dengan lawatan Pelosi ke Taiwan itu, Amerika Syarikat turut meningkatkan kesiagaan tentera di Indo-Pasifik dan memantau pergerakan pesawat-pesawat tentera China di rantau terbabit bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Pihak tentera Amerika juga dikatakan telah menyediakan pelan kecemasan untuk membawa keluar Pelosi ke suatu kawasan selamat sekiranya berlaku sebarang konflik bersenjata ketika beliau melawat Taiwan.

Amerika Syarikat telah meletakkan empat buah kapal perangnya termasuk kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan (CVN-76) di timur Taiwan sebagai persediaan terhadap kunjungan kontroversial speaker negara itu, Nancy Pelosi ke pulau yang didakwa oleh China sebagai miliknya.

Kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan yang berpengkalan di Jepun turut diiringi oleh kapal-kapal perang Amerika Syarikat yang lain iaitu, kapal cruiser peluru berpandu, USS Antietam dan kapal pemusnah, USS Higgins.

Sebuah lagi kapal Amphibious Assault Ship USS Tripoli juga berada berhampiran dengan Taiwan.

Nancy Pelosi
Nancy Pelosi

 

Sementara sumber-sumber memberitahu media antarabangsa bahawa kedua-dua buah kapal pengangkut pesawat China, Shandong dan Liaoning telah meninggalkan pangkalan masing-masing di Qingdao dan Sanya menuju ke destinasi tidak diketahui dipercayai untuk “menyambut” kedatangan Pelosi.

Laporan media Taiwan juga mengatakan bahawa kapal-kapal perang dan pesawat pejuang China  menghampiri garisan median di Selat Taiwan dalam satu tindakan yang dianggap oleh pemerhati ketenteraan sebagai amat berprovokasi dan berpotensi mencetus konflik ketenteraan di selat yang memisahkan kedua-dua pihak yang bertelagah.

Sehari selepas speaker Amerika Syarikat Nancy Pelosi meninggalkan Taiwan, tentera China melancarkan latihan tentera besar-besaran di perairan sekeliling pulau itu yang menyaksikan sehingga 11 buah peluru berpandu balistik jarak dekat telah dilancarkan ke arah lokasi berhampiran Taiwan.

Pelosi
Pelosi dan delegasi beliau pada jamuan makan tengah hari oleh kerajaan Malaysia, (Kredit H20)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Terdapat laporan mengatakan dua daripada peluru berpandu balistik China itu melintas ruang udara pulau Taiwan sebelum “mendarat” di perairan berhampiran pulau itu.

Kesemua 11 buah peluru berpandu dipercayai DF-15 dan DF-16 telah jatuh di perairan utara, selatan dan timur Taiwan, dengan kerajaan Jepun mendakwa lima daripada peluru berpandu berkenaan jatuh di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik negara itu. — DSA

 

 

Comments
Loading...