Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Radar Electronic Support Measure (RESM) Baru Untuk Kapal Skuadron Ronda Ke-17 TLDM

Keenam-enam buah kapal peronda generasi baru kelas-Kedah “Fitted For But Not With”  yang direkabentuk berdasarkan rekaan kapal korvet Meko 100 oleh syarikat Blohm + Voss  mula memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada tahun-tahun 2006-2009.

0 3,988

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal-kapal peronda kelas-Kedah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini berpangkalan di Kota Kinabalu dan Kuantan bakal dilengkapi dengan sistem Radar Electronic Support Measure (RESM) yang baru, sebagaimana yang dinyatakan oleh laman web rasmi e-perolehan Kementerian Pertahanan baru-baru ini.

Sebagaimana tertera di dalam laman web rasmi e-perolehan, Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender bagi perkhidmatan Multimodal Transport Operator (MTO) bagi penghantaran peralatan RESM untuk Skuadron Patrol Vessel (PV) ke-17.

Skuadron PV ke-17 merujuk kepada kumpuan enam buah kapal-kapal peronda kelas-Kedah yang terdiri daripada KD Kedah, KD Pahang, KD Perak, KD Terengganu, KD Kelantan dan KD Selangor.

Empat daripada kapal peronda itu berpangkalan di Kota Kinabalu manakala dua yang lain di Kuantan.

Ostex
(kredit TLDM)

 

Notis tender itu tidak menyertakan maklumat lebih lanjut mengenai peralatan RESM itu mahupun daripada negara atau syarikat mana ia diperolehi.

Keenam-enam buah kapal peronda generasi baru kelas-Kedah “Fitted For But Not With”  yang direkabentuk berdasarkan rekaan kapal korvet Meko 100 oleh syarikat Blohm + Voss  mula memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada tahun-tahun 2006-2009.

Walaupun kapal-kapal peronda kelas-Kedah itu memiliki berat 1,800 tan, tetapi ia hanya dilengkapi dengan meriam 76mm sebagai meriam utama, meriam 30mm dan mesingan 12.7mm, gara-gara konsep FFBNW.

Bagaimana usaha untuk melihat kapal perang itu dilengkapkan dengan sistem peluru berpandu mungkin berhasil apabila media pertahanan antarabangsa Ogos lepas menyatakan bahawa TLDM merancang untuk melengkapkan dua buah kapal peronda kelas-Kedah dengan peluru berpandu “Naval Strike Missile” (NSM) yang dibangunkan oleh firma pertahanan Norway, Kongsberg.

Rancangan melengkapkan dua buah kapal peronda kelas-Kedah dengan peluru berpandu NSM dijangka menelan belanja sebanyak RM214 juta.

TLDM
(kredit TLDM)

 

Rancangan TLDM untuk melengkapkan dua buah kapal peronda kelas-Kedah dicadang dilaksana dibawah “Rolling Plan 4” Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) yang akan dibiayai menerusi Belanjawan Tahun 2024.

Peluru berpandu anti-kapal NSM ini memiliki berat keseluruhan lebih 400kg dengan kelajuan subsonic yang tinggi iaitu diantara 0.7-0.9 Mach dan jarak operasi lebih daripada 185km.

Ia bukan sahaja boleh membedil kapal-kapal perang musuh di lautan tetapi dengan “Autonomous Target Recognition” (ATR), peluru berpandu NSM ini juga boleh memusnahkan sasaran di daratan dengan tepat.

NSM ini adalah peluru berpandu yang pasif, sea-skimming dengan kemampuan maneuver yang tinggi bagi membantunya menewaskan sistem-sistem pertahanan udara musuh.

Dengan peningkatan sistem kombatant yang lebih ampuh, akan menggerunkan lagi lawan dan kawan terutamanya ketika menjalankan rondaan di kawasan-kawasan perairan negara, terutamanya di Laut China Selatan.– DSA

Apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...