Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Show of Presence” TLDM Menerusi Latihan Perang Borneo Di Perairan Sandakan

Latihan berterusan TLDM di Zon Maritim Malaysia terutamanya di perairan Sandakan turut membuktikan komitmen TLDM bagi mempertahankan kedaulatan maritim negara melalui “show of presence" pada skala besar secara berterusan.

0 2,661

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Markas Permerintahan Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan Latihan Perang Borneo  6/22 di sekithingga 15 Julai.ar perairan Sandakan untuk memastikan kesiapsiagaan aset Armada Timur mencapai tahap optimum, pada ketika isu mengenai tuntutan RM62 bilion oleh waris Kesultanan Sulu sedang hangat diperdebatkan.

Latihan Perang Borneo itu telah diadakan pada 14 

“Siri Latihan Perang Borneo merupakan sebahagian daripada inisiatif Markas Pemerintahan Armada Timur dalam menguji tahap kesediaan dan keupayaan aset serta warga dalam melaksanakan tugas semasa meghadapi situasi konflik maritim yang dibangunkan dalam eksesais tersebut,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Markas Wilayah Laut 2.

TLDM
kredit TLDM

 

Latihan yang berlangsung di perairan Sandakan itu telah melibatkan enam buah kapal TLDM iaitu KD Selangor,KD Kelantan, KD Sundang, KD Indera Sakti, KD Keris dan KD Todak.

Pesawat pejuang ringan Hawk turut mengambil bahagian daripada Latihan Perang Borneo itu.

Pelbagai siri latihan telah berjaya dilaksanakan sepanjang latihan maritim itu meliputi latihan navigasi, peperangan permukaan, peperangan udara, peperangan elektronik, komunikasi dan ilmu kelautan, menurut kenyataan.

TLDM
kredit TLDM

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Fokus utama latihan ialah penembakan meriam ke atas sasaran permukaan melibatkan semua kapal yang menyertai eksesain itu,”kata kenyataan sambil menambah bahawa Latihan Perang Borneo itu adalah kesinambungan dengan latihan-latihan maritim yang lain sebelum ini.

Latihan berterusan TLDM di Zon Maritim Malaysia terutamanya di perairan Sandakan turut membuktikan komitmen TLDM bagi mempertahankan kedaulatan maritim negara melalui “show of presence” pada skala besar secara berterusan. — DSA  

TLDM
kredit TLDM
Comments
Loading...