Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TLDM Laksana S.M.A.R.T Refit Terhadap Kapal KD Yu, KD Pari, KD Paus

S.M.A.R.T Refit ini yang dibangunkan sepenuhnya oleh warga Navy People merupakan turning-point dalam pengimplementasian projek selenggaraan berjadual  kapal TLDM di limbungan. 

0 4,938

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya melaksanakan kaedah “S.M.A.R.T Refit” terhadap kapalnya,  KD YU yang menyaksikan kapal terbabit selesai menjalani refit dalam tempoh yang paling singkat iaitu kurang daripada 7.5 bulan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh akaun media sosial TLDM, ia adalah projek refit paling singkat pernah dicapai sejak 1985.

Penerimaan kapal KD Yu yang telah selesai menjalani refit menggunakan kaedah “S.M.A.R.T Refit”   telah disempurnakan oleh Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Hj Satria Sarawak di Weldan Marine Shipyard Sdn Bhd.

KD Yu

“Success story refit KD YU ini adalah keberhasilan pelaksanaan “kaedah baharu projek” yang dikenali sebagai S.M.A.R.T Refit yang melibatkan 3 kapal iaitu KD YU, KD PARI dan KD PAUS.” 

“Lebih membanggakan, kejayaan ini bakal disusuli dengan refit KD PARI di Preston Shipyard Sdn Bhd di mana dirancang diterima pada 19 Ogos 22 (Jumaat) dengan tempoh refit kurang dari 6.5 bulan (termasuk sebulan “stop-work”).” 

“Bagi refit KD PAUS di Labuan Shipyard Sdn Bhd, kapal juga akan diterima pada 19 Ogos 22 dengan tempoh refit kurang dari 7.5 bulan,” menurut kenyataan oleh TLDM itu. 

S.M.A.R.T Refit ini yang dibangunkan sepenuhnya oleh warga Navy People merupakan turning-point dalam pengimplementasian projek selenggaraan berjadual  kapal TLDM di limbungan. 

Justeru, ianya telah mendapat perhatian serius beberapa Agensi Kerajaan dan syarikat perkapalan.

KD Yu

 Sepanjang projek refit, peralatan dan sistem ketiga-tiga kapal telah dirombakpulih, selain diubah sepenuhnya. 

Skop projek melibatkan repowering terhadap sistem kuasa gerak dan sistem penjanaan kuasa elektrik, extensive plate renewal serta aktiviti baik-pulih mengembalikan kondisi peralatan di kapal ke zero-hours. 

“Impaknya hasil projek refit ini telah memberi nafas baharu kepada KD YU, KD PARI dan KD PAUS yang telah berusia melebihi 40 tahun.”

Warga Navy People wajar berbangga dengan kejayaan bersejarah ini disebabkan ianya adalah a giant step terhadap pelaksanaan refit kapal TLDM di limbungan tempatan. 

Dalam masa terdekat, tempoh refit tersebut akan disingkatkan lagi ke 4 bulan dengan pendekatan S.M.A.R.T Refit PLUS.

KD Yu

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Selain itu landscape pelaksanaan refit akan digubah ke “Dimensi Baharu” yang merupakan game-changer bakal dinanti-nanti oleh warga Navy People. 

Game-changer ini bertujuan memastikan projek refit akan datang adalah lebih singkat, hasil kerja lebih berkualiti, best value for money dan berdaya saing.  

Justeru, warga Navy People disaran agar terus berinovasi dengan inisiatif baharu berimpak tinggi yang luar daripada kotak (out of the box) bagi memastikan TLDM unggul, cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sumber:  Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan, RMN Chief Engineer Office
Artikel : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung  Foto : Lt Mohamad Idzhar bin Anuar TLDM

 

 

Comments
Loading...