Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

KD Gempita Tembak Meriam 57mm Guna CIC Tempatan “AMOCS”

Penembakan meriam 57mm oleh kapal FAC TLDM, KD Gempita dilakukan selepas kerja-kerja menaiktaraf terhadap Sistem Combat Information System (CIC) kapal serang laju itu. KD Gempita menggunakan sistem CIC tempatan dipanggil "Advance Malaysian Owned Combat Management System" atau AMOCS.

0 3,169

(DEFENCE SECURITY ASIAS) — Semasa eksesais Mini OSTEX 1/23, kapal serang laju Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Gempita telah melakukan penembakan meriam 57mm terhadap Sasaran Statik (Static Target) dan Sasaran Tunda (Towed Target).

Apa yang menariknya mengenai penembakan yang dilakukan pada 24 Januari itu adalah ia dilakukan selepas kerja-kerja menaiktaraf  terhadap Sistem Combat Information System (CIC) kapal serang laju itu.

Selepas dinaiktaraf, kapal KD Gempita kini menggunakan sistem CIC yang dibangunkan oleh kepakaran tempatan dipanggil – Advance Malaysian Owned Combat Management System (AMOCS).

KD Gempita
(KD Gempita)

 

Bagaimanapun, posting di dalam akaun media sosial KD Gempita itu tidak memberikan keterangan lebih lanjut tentang sistem AMOCS.

Namun dipercayai sistem AMOCS itu dibangunkan oleh syarikat tempatan, System Consultancy Services Sdn Bhd.

Menurut keterangan daripada syarikat System Consultancy Services itu, AMOCS merupakan sistem untuk pengawasan/pemantauan tentera laut dan pertahanan, digunakan untuk operasi Anti Surface Warfare (ASuW) dan Anti Aircraft Warfare (AAW).

KD Gempita
(KD Gempita)

 

Sistem AMOCS ini menghubungkan sistem penderia (sensors), sistem persenjataan, data links, support measures dan peralatan lain digunakan oleh anggota dan pegawai-pegawai di kapal tentera laut terbabit.

Fungsi-fungsi yang biasa sistem AMOCS itu adalah sensor control, sensor data fusion, threat evaluation, weapons assignment dan weapons control.

Sistem AMOCS itu telah dibangunkan oleh jurutera-jurutera tempatan di syarikat terbabit bagi memberikan kebolehpercayaan (reliability) dan kemampuan untuk beroperasi secara bersepadu dengan pelbagai sistem penderia yang lain di dalam kapal tentera laut terbabit.

KD Gempita
(KD Gempita)

 

Sistem itu dibangunkan berdasarkan kepada NC2 dan C4ITacX engine yang juga dibangunkan oleh syarikat dan telah digunakan selama beberapa tahun.

Kapal serang laju kelas-Handalan “KD Gempita” adalah satu daripada empat buah kapal telah dibina oleh syarikat Karlskrona Varvet dan telah memasuki perkhidmatan TLDM pada tahun 1979.

Kapal KD Gempita memiliki berat 240 tan dan panjang 43 meter.

 

Ia dilengkapi dengan meriam 57mm dan 40mm.

Ketika ia mula-mula ditauliahkan, kapal KD Gempita itu turut dilengkapkan dengan empat buah peluru berpandu anti-kapal MM38 Exocet, sebelum sistem persenjataan peluru berpandu anti-kapal buatan Perancis itu dilucutkan.

Kini keempat-empat kapal serang laju kelas-Handalan hanya dilengkapi dengan meriam. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...