Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dron Tentera Amerika, RQ-4 Global Hawk Kini Beroperasi Dari Singapura

Dalam satu kenyataan bertulis kepada portal pertahanan antarabangsa, Defense News, Kementerian Pertahanan Singapura berkata kebenaran untuk operasi dron altitud tinggi RQ-4 "Global Hawk" di republik itu adalah sebahagian daripada Memorandum Persefahaman Berkenaan Penggunaan Kemudahan oleh Amerika Syarikat di Singapura 1990.

0 4,340

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Singapura mengesahkan bahawa ia telah membenarkan pihak tentera Amerika Syarikat untuk menempat dan mengoperasikan dron altitud tinggi,  RQ-4 “Global Hawk” daripada pulau itu.

Dalam satu kenyataan bertulis kepada portal pertahanan antarabangsa, Defense News, Kementerian Pertahanan Singapura berkata kebenaran itu adalah sebahagian daripada Memorandum Persefahaman Berkenaan Penggunaan Kemudahan oleh Amerika Syarikat di Singapura 1990.

Pihak Kementerian Pertahanan republik itu tidak memberikan maklumat tambahan berkenaan penempatan dron itu lagi manakala pihak tentera serta kedutaan Amerika Syarikat di Singapura enggan memberikan maklum balas kepada pertanyaan portal itu.

“Sumber memberitahu bahawa pesawat tanpa pemandu itu telah tiba di Singapura pada Januari lalu dan masih beroperasi di republik itu pada awal Mac ini dan ia telah melaksanakan misi-misinya pada waktu malam semasa dikerah di Singapura,” menurut Defense News.

Ketahanan operasi Global Hawk yang tinggi iaitu ia berkemampuan untuk terbang tanpa henti selama 34 jam sebagaimana didakwa oleh tentera Amerika Syarikat membolehkan ia berlepas pada waktu malam dan hanya mendarat pada waktu malam keesokkan hari ini.

Global Hawk

Global Hawk adalah dron HALE “High Altitude Long Endurance” dan mula digunakan oleh tentera Amerika Syarikat pada 2005.

Pemerhati pertahanan mengatakan bahawa ketahanan operasi (endurance) dron adalah di antara 34-42 jam dan berkemampuan beroperasi daripada ketinggian 65,000 kaki serta radius operasi mencecah 14,000 batu nautika.

Aset yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat untuk mengumpul maklumat-maklumat sensitif perisikan secara real-time itu telah dibangunkan oleh syarikat Northrop Grumman dengan kerjasama Tentera Udara Amerika Syarikat.

Ia dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA), electro-optic suite oleh Raytheon, sistem komunikasi oleh L3 dan kelengkapan electronic support measures.   

Menurut portal pertahanan itu lagi,kehadiran Global Hawk di Singapura selari dengan kedatangan kapal pengangkut pesawat USS Nimitz dan kapal penyerang amfibia USS Makin Island beserta kapal-kapal pengiring ke Laut China Selatan baru-baru ini.

Kedua-dua kumpulan kapal-kapal perang tentera Amerika Syarikat itu turut mengunjungi pangkalan laut Changi di Singapura semasa kerahannya ke Laut China Selatan.

Global Hawk

Selain menjadi hos kepada kemudahan lojistik kepada Tentera Laut Amerika Syarikat, Singapura juga adalah rakan kerjasama keselamatan kepada Washington

Kedua-dua negara telah menandatangani memorandum persefahaman pada 1990 dan diperbaharui pada 2019 yang membenarkan Amerika Syarikat akses kepad kemudahan laut dan udara di Singapura.

Ia melihat penempatan kapal-kapal Littoral Combat Ship (LCS) di Pangkalan Laut Changi serta pesawat-pesawat peronda maritim P-8A Poseidon secara rotational di pangkalan udara republik itu.

Dibawah kerjasama antara kedua-dua negara sekutu itu,  Amerika Syarikat juga kadangkala menempatkan pesawat-pesawat pejuang serta helikopternya di republik itu, manakala Tentera Udara Singapura juga mempunyai program latihan di pangkalan tentera Amerika di Guam. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...