Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Menjaga Perairan, Keselamatan Negara Dengan “Aset-Aset Usang”

Panglima Markas Armada Timur Laksamana Madya Datuk Sabri Zali berkata penggunaan aset-aset yang usianya telah menjangkau 45 tahun menimbulkan pelbagai masalah kepada TLDM, selain kos penyelenggaraannya juga mahal.

2,852

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sepatutnya sudah menamatkan perkhidmatan kapal-kapal yang sudah berusia 25 tahun, tetapi apa yang berlaku ketika ini adalah, angkatan itu masih lagi menggunakan kapal-kapal yang usianya sudah menjangkau 45 tahun untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

Panglima Markas Armada Timur Laksamana Madya Datuk Sabri Zali berkata penggunaan aset-aset yang usianya telah menjangkau 45 tahun menimbulkan pelbagai masalah kepada TLDM, selain kos penyelenggaraannya juga mahal.

“Dalam TLDM kapal yang berusia lebih 25 tahun sepatutnya tidak lagi digunakan, tetapi kita masih menggunakan kapal yang sudah berusia lebih 45 tahun sehingga mendatangkan banyak masalah selain kos penyelenggaraan juga mahal.

“Walaupun adanya kekangan itu, kita tidak pernah mengabaikan tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara khususnya di Sabah…semua aset termasuk yang telah usang berusia lebih 45 tahun masih beroperasi seperti biasa,” katanya di sini hari ini.

 Sabri ditemui pemberita selepas majlis ‘Fleet Review’ atau penghormatan terakhir kepadanya sebagai Panglima Armada Timur setelah menerajui armada itu sejak 24 Dis 2020.

Skuadron Korvet
(TLDM)

 

Pengoperasian “aset-aset usang” oleh Markas Armada Timur katanya, merupakan kekangan utama selain menyebabkan risiko terhadap anggota dan pegawai TLDM.

Beliau memohon kerajaan supaya memandang serius isu tentang “aset-aset usang” dan mencari jalan untuk mengatasi permasalahan tentang asetnya itu.

Bagaimanapun Markas Armada Timur menurut beliau, tidak pernah meletakkan aset usang sebagai alasan bagi melaksana tanggungjawab menjaga keselamatan perairan negara, malah anggotanya berusaha membaik pulih aset itu supaya ia dapat menjalankan tugas dengan baik.

Tempat Sabri sebagai Panglima Markas Armada Timur akan digantikan oleh Laksamana Muda Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy.

Sabri akan akan bertugas di Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan selepas ini.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Sementara itu, Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada (MPA) Timur dalam kenyataan memberitahu Sabri yang sentiasa mengamalkan dasar pandang ke hadapan, telah memacu Armada Timur menjadi angkatan laut yang sentiasa siap siaga dan berkeupayaan dalam mempertahankan Zon Maritim Malaysia di Sabah dan Sarawak. 

“Beliau sentiasa menitikberatkan keperluan operasi selain mengambil berat prihal menaik taraf infrastruktur di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan jeti operasi MPA Timur serta Markas Wilayah Laut 2 di Sandakan.

“Beliau turut lantang memperjuangkan isu keperluan aset TLDM selari dengan Program Transformasi 15 to 5 dan proaktif dalam penglibatan eksesais berimpak tinggi sama ada intra-TLDM ataupun bilateral dengan negara sahabat yang lain,” menurut kenyataan itu. — DSA

 

Comments are closed.