Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jerman Ditekan Supaya Benarkan Penghantaran Leopard 2 Ke Ukraine

Tanpa persetujuan daripada Jerman yang membangunkan kereta kebal Leopard itu, negara-negara Eropah terbabit tidak dibenar memindahkan kereta-kereta kebal Leopard dimiliki mereka kepada Ukraine.

0 2,154

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Canselor Jerman Olaf Scholz berhadapan dengan tekanan demi tekanan daripada beberapa negara Eropah supaya membenarkan penghantaran kereta kebal utama Leopard ke Ukraine untuk digunakan oleh negara itu bagi menentang tentera Russia.

Tanpa persetujuan daripada Jerman yang membangunkan kereta kebal Leopard itu, negara-negara Eropah terbabit tidak dibenar memindahkan kereta-kereta kebal Leopard dimiliki mereka kepada Ukraine.

Negara-negara Eropah seperti Finland,Lithuania,Poland dan Britain telah menyuarakan permintaan mereka supaya Jerman membenarkan penghantaran kereta kebal Leopard ke Ukraine.

Tekanan berterusan daripada rakan-rakan Eropah terhadap dasar Berlin berkenaan kereta kebal Leopard itu dipercayai telah menyebabkan perletakan jawatan Menteri Pertahanan Jerman Christine Lambrect dan digantikan oleh Boris Pistorius.

Presiden Poland Andrzej Duda menyatakan bahawa negara itu bersedia untuk memberikan 14 buah kereta kebal Leopard kepada Ukraine, tetapi akan hanya berbuat demikian sekiranya Jerman memberikan lampu hijaunya.

Leopard

“Kita (Poland) berharap dapat menganjurkan bentuk sokongan yang lebih besar kepada Ukraine,” kata beliau kepada pemberita ketika di World Economic Forum yang sedang berlangsung di Davos, Switzerland.

Finland yang memiliki 200 buah kereta kebal Leopard 2, berhasrat menyumbang 20 buah daripada kereta kebal itu kepada Ukraine.

Ukraine berhasrat mewujudkan satu briged terdiri daripada kereta-kereta kebal buatan Barat seperti Leopard dan Challenger “sumbangan” beberapa negara Eropah bagi berhadapan dengan kereta-kereta kebal Russia.

Bermula daripada tahun 1970-an syarikat pertahanan Jerman, Krauss-Maffei telah menghasilkan kira-kira 2,200 kereta kebal Leopard untuk tentera darat negara itu.

Bagaimanapun selepas penyatuan Jerman Barat dan Jerman Timur, sebahagian besar daripada kereta kebal Leopard itu telah dijual kepada negara-negara Eropah dan beberapa negara lain di seluruh dunia termasuklah di rantau Asia Tenggara ini.

Ukraine
Challenger 2

 

Berikutan pencerobohan Russia terhadap Ukraine pada Februari tahun lepas, Jerman telah memperuntukan kira-kira US$108 bilion (RM432 bilion) untuk memperkuatkan angkatan tenteranya, yang dikenali sebagai “Bundeswehr.”

Bagaimanapun sikap berhati-hati Jerman terhadap sebarang bentuk bantuan ketenteraan kepada tentera Ukraine telah membangkitkan kritikan dan kata-kata sumbang daripada beberapa negara Eropah yang mahukan Berlin lebih terbuka dalam membantu Kiev.

Sejak konflik meletus Februari tahun lepas itu, negara-negara Eropah telah mengirimkan kira-kira 300 buah kereta kebal buatan Russia dimiliki mereka kepada Ukraine, tetapi negara itu tetap mahukan kereta-kereta kebal buatan Barat yang lebih moden untuk berhadapan dengan kereta-kereta kebal terkini Russia.

Pada awal bulan ini, Perancis bersetuju untuk menghantar enam buah armoured fighting vehicle AMX-10 yang juga digelar “pembunuh” kereta kebal kepada Ukraine.

Tentera Perancis memiliki 240 buah kenderaan AMX-10.

AMX-10
AMX-10

 

Dengan berat di antara 15 hingga 22 tan, AMX-10 yang dibangunkan oleh syarikat Perancis, Nexter Systems itu dillengkapi dengan meriam 105mm.

Britain juga telah bersetuju untuk memberikan Ukraine 14 buah kereta kebal Challenger 2 kepada Ukraine, selain 30 buah self propelled howitzer AS90 serta beberapa kelengkapan angkatan tentera yang lain.

Dibangunkan pada mulanya oleh syarikat Vickers Defence System (kini dikenali dengan BAE System Land and Armament), kereta kebal Challenger 2 memiliki berat 62 tan dan dilengkapi dengan meriam 120mm.

Challenger 2 dikatakan antara kereta kebal utama paling moden di dunia, sebagaimana didakwa oleh penganalisa pertahanan Barat– DSA

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

 

Comments
Loading...