Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat KF-21 “Boramae” Lakukan Penerbangan Supersonik Buat Pertama Kali

agensi kerajaan Korea Selatan, Defense Acquisition Program Administration (DAPA),  pesawat prototaip KF-21 itu berjaya melepasi kelajuan supersonik Mach 1 ketika berada di altitud 40,000 pada 3.15 petang waktu tempatan selepas ia berlepas daripada pangkalan udara Tentera Udara Korea Selatan di Sacheon, wilayah selatan Gyeongsang pada 2.58 petang waktu tempatan.

0 3,514

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat pejuang generasi 4.5, KF-21 “Boramae” yang sedang dibangunkan oleh industri pertahanan Korea Selatan telah berjaya terbang pada kelajuan supersonik buat pertama kalinya.

Menerbangkan pesawat pejuang itu pada kelajuan supersonic adalah diantara objektif utama program pembangunan pesawat itu kerana ia bermakna fungsi-fungsi utama pesawat berjalan dengan baik walaupun ia diterbangkan pada pelbagai kelajuan.

Menurut agensi kerajaan Korea Selatan, Defense Acquisition Program Administration (DAPA),  pesawat prototaip KF-21 itu berjaya melepasi kelajuan supersonik Mach 1 ketika berada di altitud 40,000 pada 3.15 petang waktu tempatan selepas ia berlepas daripada pangkalan udara Tentera Udara Korea Selatan di Sacheon, wilayah selatan Gyeongsang pada 2.58 petang waktu tempatan.

Pesawat prototaip itu mendarat pada 3.54 petang selepas terbang di bahagian selatan negara itu.

Sejak penerbangan sulungnya pada Julai tahun lepas, pesawat prototaip yang dibina oleh syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) telah melakukan sebanyak 80 penerbangan pada kelajuan kurang daripada Mach 1.

KAI telah membina enam buah pesawat prototaip KF-21 dan pesawat prototaip ketiga telah berjaya melakukan penerbangan pertamanya pada awal bulan ini.

Menurut DAPA pula, penerbangan supersonik itu membawa dua implikasi besar dalam perkara berkenaan penyelidikan dan pembangunan pesawat pejuang itu.

“Pertamanya adalah, penerbangan itu mengesahkan bahawa pesawat KF-21 itu memiliki kestabilan structural pada kelajuan supersonic.”

Menurut DAPA, apabila kelajuan pesawat itu melebihi Mach 1, gelombang gegaran (shock waves) berlaku pada pesawat itu dan ketidakstabilan dalam aliran angin boleh memberikan kesan yang besar kepada struktur pesawat itu.

“Penerbangan biasa pesawat KF-21 yang mengatasi gelombang gegaran itu menunjukkan kestabilan strukturalnya boleh dikekalkan pada kelajuan supersonic,” kata agensi itu.

KF-21

Satu lagi pencapaian adalah pesawat KF-21 telah menjadi pesawat pertama dibangunkan sendiri oleh Korea Selatan mencapai kelajuan supersonik.

“Sebelum ini, pesawat T-50 Golden Eagle telah berjaya melepasi kelajuan Mach 1 pada 2003, tetapi pesawat latihan supersonic telah dibangunkan secara bersama dengan syarikat Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat dengan menggunakan teknologi syarikat itu, yang berlainan daripada penerbangan supersonic KF-21.”

“Pada masa ini, Korea Selatan memiliki pesawat supersonic yang dibangunkan dengan teknologi tempatan,” katanya.

Dengan kejayaan pesawat KF-21 untuk terbang pada kelajuan supersonic, maka Korea Selatan berjaya membangunkan pesawat yang boleh terbang melebihi kelajuan menggunakan teknologi tempatan.

Menteri Pertahanan Korea Selatan Defense Lee Jong-sup menyambut baik kejayaan penerbangan supersonik oleh pesawat KF-21.

KF-21
KF-21 “Boramae”

 

Indonesia dan Korea Selatan telah menandatangani perjanjian pada 2010 untuk bekerjasama di dalam program pembangunan pesawat pejuang itu.

Jakarta bersetuju untuk membayar 20 peratus daripada keseluruhan kos pembangunan pesawat pejuang itu yang dianggarkan berjumlah US$6.67 bilion (RM26.7 bilion).

Ia adalah sebagai pertukaran untuk membina sejumlah pesawat KF-21 itu di Indonesia serta pemindahan teknologi.

Bagaimanapun Indonesia telah menjelaskan sebahagian bayarannya terhadap program pesawat pejuang itu menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa pihak di Korea Selatan yang meminta kerajaan negara itu supaya membatalkan penyertaan Indonesia dan meneruskan program pembangunan pesawat pejuang KF-21 bersendirian.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pesawat pejuang generasi 4.5 buatan tempatan Korea Selatan, KF-21 “Boramae” akan mula dibina secara besar-besaran (mass production) bermula pada tahun 2026 bagi memenuhi keperluan tentera udara negara Asia Timur itu.

Dua tahun selepas itu pada tahun 2028, sejumlah 40 buah pesawat KF-21 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) akan diserahkan kepada Tentera Udara Korea Selatan bagi menggantikan pesawat berusia, F-4 Phantom serta F-5.

Walaupun telah berjaya melakukan penerbangan sulung pada Julai lepas, pesawat KF-21 masih perlu melakukan sebanyak 2,220 penerbangan lagi sehingga tahun 2026 sebelum ia boleh dibina secara besar-besaran (mass-production) bagi tentera udaranya sebagai pelanggan pertama. — DSA

 

Comments
Loading...