Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tindakan Pakistan Benar Nelayan China Tangkap Ikan di Perairannya Bangkit Kemarahan Penduduk

Nelayan-nelayan tempatan terutamanya bimbang keputusan membenarkan nelayan-nelayan laut dalam China menangkap ikan di perairan Pakistan bakal menjejaskan mata pencarian mereka.

0 2,321

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tindakan kerajaan Pakistan memberikan kebenaran kepada nelayan-nelayan laut dalam China untuk menangkap ikan di perairannya terutama di sekitar Pelabuhan Gwadar telah menerima kecaman dan bantahan keras daripada penduduk negara itu, yang menyifatkannya sebagai membelakangkan kepentingan nelayan tempatan demi memuaskan hati “sahabat baiknya”, China.

Nelayan-nelayan tempatan tbimbang keputusan kerajaan mereka membenarkan nelayan-nelayan laut dalam China menangkap ikan di perairan Pakistan bakal menjejaskan mata pencarian mereka.

Nelayan-nelayan tempatan mendakwa bot-bot nelayan China telah mula berlabuh di Pelabuhan Karachi selepas kerajaan Pakistan membenarkan mereka menangkap ikan di kawasan perairan negara ini, tetapi ia telah dinafikan oleh kerajaan.

“Kerajaan tidak mempedulikan kita, ia hanya mahu menggembirakan Beijing,” kata Khudad Wajo, presiden persatuan nelayan di Gwadar sebagaimana dipetik sebagai berkata oleh media tempatan.

Perairan di Gwadar yang berhadapan dengan Laut Arab itu adalah kawasan yang kaya dengan sumber perikanan dan sebab itulah ia menarik perhatian nelayan-nelayan China.

Gwadar
Pelabuhan Gwadar di Pakistan

 

Mengapa kerajaan Pakistan membenarkan nelayan-nelayan China menangkap di kawasan perairan yang ditadbir oleh kerajaan pusat terutamanya di Gwadar.

Ini kerana Gwadar menempatkan Pelabuhan Gwadar yang merupakan sebahagian daripada projek utama di bawah China-Pakistan Economic Corridor (CPEC) yang dianggarkan bernilai US$50 bilion dalam bentuk pelaburan dan aktiviti ekonomi.

Ya, Pelabuhan Gwadar itu dibangunkan oleh syarikat-syarikat China dan ditadbir oleh China hasil perjanjian dengan kerajaan Pakistan.

Selain Pelabuhan Gwadar itu, CPEC itu turut meliputi pembinaan rangkaian jalanraya, keretapi dan paip-paip minyak dan gas yang menghubungkan Pakistan dengan Wilayah Xinjiang di China.

Ia dibangunkan untuk mengatasi masalah penggunaan Selat Melaka sekiranya konflik berlaku antara China dengan Amerika Syarikat.

Ia bertujuan menyelesaikan masalah “The Malacca Dilemma.”

Sebab itulah Pelabuhan Gwadar dan CPEC itu amat penting kepada Pakistan serta ekonominya, tetapi adakah sehingga ia sanggup mengorbankan kepentingan penduduknya sendiri hanya semata-mata mahu memuaskan hati China?

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...