Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

THHE, Syarikat Perkapalan China Kerjasama Bida Kontrak LMS Batch 2 TLDM

THHE dikatakan berminat untuk membida kontrak bagi pembinaan lapan buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang akan bermula pada tahun depan.

0 5,681

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat tempatan, TH Heavy Engineering Bhd (THHE) dikatakan akan menjalin kerjasama dengan syarikat pembuat kapal China, LIREN Marine Technology Co Ltd dalam usahanya untuk membida kontrak Kementerian Pertahanan.

Kontrak yang dimaksudkan itu adalah, pembinaan lapan buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang akan bermula pada tahun depan sebagaimana yang telah pun diumumkan oleh Menteri Pertahanan dan timbalannya di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurut laporan akhbar kewangan, The Edge semalam, THHE telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan APO Integrated Services Sdn Bhd, yang merupakan wakil eksklusif LIREN bagi tujuan kerjasama itu pada Selasa.

LIREN dikatakan merupakan pemilik perkapalan di Foshan, Guandong di selatan China.

“MoU itu membolehkan syarikat (THHE) dan APO untuk meneroka dan bersetuju dengan terma usahasama itu untuk sama-sama membida projek berkenaan,” menurut THHE sebagaimana dipetik dalam laporan oleh akhbar kewangan itu.

THHE

Joint venture di antara LIREN dan THHE melibatkan perkongsian ekuiti 60:40 dengan capital contribution oleh LIREN sebanyak US$10 juta menerusi private placement.

Lapan buah kapal LMS Batch 2 itu akan menambah empat buah kapal LMS Batch 1 kelas-Keris yang dibina di China hasil kerjasama di antara firma  Boustead Naval Shipyard (BNS) dan China Shipbuilding and Offshore Corporation (CSOC) di Wuchang Shipyard di Qidong, China.

Kapal LMS Batch 1 hasil kerjasama BNS dan CSOC, KD Keris  dan LMS kedua, KD Sundang telah pun memasuki perkhidmatan TLDM pada 31 Disember 2019 dan 14 Januari 2021 manakala LMS3 ketiga, Badik telah pun diterima beberapa minggu lepas.

Kapal LMS keempat, Rencong dijangka diserahkan kepada negara pada Disember tahun ini.

Kapal LMS
Kapal Littoral Mission Vessel (LMV) kelas-Independence Tentera Laut Singapura.

 

Ok syarikat THHE ini terlibat dalam industri fabrikasi minyak dan gas, dan kini mahu terlibat dalam bidang pembuatan kapal pulak terutamanya kerana ada kontrak besar melibatkan pembinaan lapan buah kapal LMS Batch 2 untuk TLDM.

Ok, dikatankan juga syarikat THHE mempunyai chairman baru, seseorang bernama Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, yang admin rasa pernah dengar namanya tidak lama dahulu ketika Utusan Melayu ditutup dan pelbagai lagi. .

Menurut laporan oleh The Edge, tujuan kehadiran Abdul Aziz di dalam THHE itu adalah untuk revive syarikat itu kerana beliau diketahui berpengalaman di dalam mengendalikan sebuah lagi syarikat yang turut membina kapal dan bot, Destini Bhd.

Selain dalam bidang korporat, Abdul Aziz ini juga adalah bekas Naib Ketua Pemuda UMNO suatu ketika dahulu.

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...