Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Thailand Enggan Tambah Gripen, Tapi Pilih F-35. Kenapa?

Mengapa Thailand enggan menambah pegangan pesawat Gripen C/D atau memperolehi varian terkini pesawat keluaran Saab Group iaitu Gripen E, sebaliknya memilih sebuah pesawat baru yang ia tidak berpengalaman untuk mengendalikannya.

0 4,825

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, jemaah menteri Thailand telah meluluskan peruntukan sebanyak US$413.7 juta (RM2.8 bilion) untuk untuk memperolehi empat buah pesawat pejuang generasi kelima baru dipercayai F-35 Joint Strike Fighter.

Proses pembelian empat pesawat pejuang baru itu akan dilaksanakan pada tahun fiskal akan datang.

Kelulusan peruntukan kewangan pembelian empat buah pesawat pejuang baru itu berlaku selepas Panglima Tentera Udara Thailand Napadej Dhupatemiya menyatakan minat untuk memperolehi lapan buah pesawat F-35 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Persoalannya, mengapa Thailand enggan menambah pegangan pesawat Gripen C/D atau memperolehi varian terkini pesawat itu Gripen E, sebaliknya memilih sebuah pesawat baru yang ia tidak berpengalaman untuk mengendalikannya.

Pesawat pejuang Gripen dibangunkan oleh syarikat Saab Group daripada Sweden.

Gripen E
Pesawat Gripen-E keluaran Saab Group

 

Salah satu sebab mengapa ia mahu memiliki pesawat F-35 sebagaimana didakwa oleh banyak pihak dalam Thailand dan luar negara adalah kerana harga per-unit pesawat pejuang halimunan itu yang amat kompetitif pada ketika ini.

Penganalisis pertahanan mengatakan harga per-unit (hanya membabitkan pesawat sahaja) telah jatuh kepada kira-kira US$82 juta (RM328 juta) bagi varian A yang memerlukan landasan konvensional untuk berlepas dan mendarat berbanding di antara US$142 juta hingga US$160 juta (RM568 juta-RM640 juta) ketika ia mula-mula diperkenalkan di pasaran.

Harga per-unit bagi pesawat Gripen E, yang merupakan varian terkini dikatakan sekitar US$85 juta (RM340 juta)

Harga per-unit pesawat F-35A dikatakan jatuh kerana kini lebih banyak negara menggunakan pesawat itu diseluruh dunia, terutamanya negara-negara sekutu rapat Amerika Syarikat.

F-35

 

Lockheed Martin boleh menggunakan “economy of scale” untuk menurunkan harga per-unit pesawat itu, sesuatu yang cuba dilakukan oleh syarikat-syarikat pembuat pesawat lain termasuk Saab atau Dassault Aviation yang mengeluarkan pesawat Rafale.

Pada ketika ini, Lockheed Martin dikatakan telah berjaya menjual lebih daripada 750 buah pesawat F-35 pelbagai varian kepada Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya di seluruh dunia berbanding kira-kira 230 pesawat Rafale berada di pasaran ketika ini.

Dan, syarikat menjangkakan penjualan pesawat F-35 itu akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang dan itu akan membolehkannya menurunkan lagi harga pesawat pejuang generasi kelima itu.

Panglima Tentera Udara Thailand itu dengan yakin berkata, rundingan dengan syarikat Lockheed Martin akan membolehkan negara itu memperolehi pesawat F-35 pada harga sekitar US$70 juta per-unit (RM280 juta) walaupun tidak banyak pihak berkongsi keyakinan beliau itu.

Gripen
Sebuah pesawat JAS 39 Gripen C/D Tentera Udara Diraja Thailand dengan pesawat AEW “Erieye.”

 

Ini kerana Thailand dikatakan hanya berminat untuk mendapatkan pesawat F-35 itu dalam kuantiti yang amat kecil iaitu lapan buah.

Switzerland yang memperolehi 36 pesawat F-35A juga dikatakan tidak mampu mendapatkan harga US$80 juta (RM320 juta) tetapi terpaksa membayar US$112 juta (RM448 juta) bagi setiap unit pesawat generasi kelima keluaran Lockheed Martin itu.

Sebuah lagi negara yang menjadi pelanggan terbaru F-35 adalah Finland yang memperolehi 64 buah pesawat keluaran Lockheed Martin pada harga per-unit US$83 juta (RM332 juta)

Walaupun harga per-unit pesawat F-35 telah turun tetapi negara-negara yang mahu menggunakannya perlu juga memikirkan kos pengoperasiannya.

Rafale
Pesawat Rafale Tentera Udara Qatar pada latihan Anatolian Eagle 2021.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Kos satu jam untuk menerbangkan F-35 dikatakan mencecah US$33,000 (RM132,000) berbanding hanya US$8,000 (RM32,000) satu jam bagi Gripen, yang mungkin membuatkan peminat F-35 berfikir dua kali sebelum bercita-cita untuk memilikinya.

Walaupun harga per-unit F-35 sekitar US$82 juta pada ketika ini, tetapi kos penerbangannya selama satu jam sebanyak US$33,000 itu adalah jauh lebih tinggi berbanding Gripen pada kadar US$8,000 satu jam.

Kos operasi Gripen adalah jauh lebih rendah daripada F-35.

Pada ketika ini, Tentera Udara Thailand mengoperasikan sebanyak 12 buah pesawat pejuang Gripen C/D yang diperolehinya daripada Sweden serta puluhan pesawat F-16 dan F-5E yang telah dgunakannnya sejak akhir tahun-tahun 1980-an. — DSA

Comments
Loading...