Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) Disifatkan Sebagai “Tentera Udara Antik” ??

“Kereta antik didefinisikan sebagai kenderaan yang berusia sekurang-kurangnya 25 tahun; berdasarkan definisi itu, Tentera Udara kita (USAF) — dengan purata usia pesawat mencecah 30 tahun — boleh dianggap sebagai sebuah angkatan udara “antik.”

0 12,049
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) kini disifatkan sebagai tentera udara “antik” kerana memiliki pesawat-pesawat kombat yang secara puratanya berusia 30 tahun dan ke atas, menurut dua orang bekas pegawai kanan USAF yang kini menjadi penganalisis ketenteraan.
Menulis di dalam portal pertahanan Amerika Syarikat “Breaking Defense”, bekas Lt Jen USAF David Deptula dan bekas Kolonel USAF Mark Gunzinger menyatakan bahawa Tentera Udara Amerika Syarikat kini menerima kesan disebabkan keterlibatannya dalam pelbagai peperangan selama 30 tahun tanpa henti.
Selain itu, USAF menerima kesan buruk kerana “tidak dipedulikan” oleh kerajaan negara itu serta tidak menerima peruntukan yang mencukupi untuk permodenan.
Menurut kedua-dua bekas pegawai kanan USAF, akibatnya USAF kini adalah “paling tua dan paling kecil” dalam sejarahnya.
“Kereta antik didefinisikan sebagai kenderaan yang berusia sekurang-kurangnya 25 tahun; berdasarkan definisi itu, Tentera Udara kita (USAF) — dengan purata usia pesawat mencecah 30 tahun — boleh dianggap sebagai sebuah angkatan udara “antik.”
“Untuk pulih daripada puluhan tahun pengabaian, Tentera Udara (Amerika Syarikat) perlu membina semula keupayaan dan kapasiti tempurnya.”
“Usaha ini hanya dapat dicapai sekiranya pentadbiran negara meletakkannya sebagai keutamaan, dan Kongres meluluskan peruntukan kewangan mencukupi bagi meningkatkan jumlah pembelian pesawat baharu setiap tahun dengan segera,” menurut kedua-dua mereka dalam editorial dalam portal pertahanan itu.
F-35
F-35
Menurut mereka, sebanyak 10 jenis pesawat USAF memulakan penerbangan mereka kira-kira 50 tahun yang lalu dan kesemua 10 jenis pesawat terbabit merangkumi 2,600 buah pesawat atau dua pertiga daripada pesawat-pesawat di dalam Tentera Udara Amerika Syarikat.
Jika dibandingkan dengan Tentera Laut Amerika Syarikat (USN), hanya sebuah kapal perangnya berusia lebih dairpada 50 tahun.
“Juruterbang baharu Tentera Udara kini menjalani latihan menggunakan pesawat T-38 yang telah wujud sebelum Perang Vietnam, dan mengendalikan pesawat B-52 serta KC-135 yang mula dibeli ketika era pentadbiran Presiden Eisenhower.”
“Pada masa yang sama, peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Minuteman III milik Tentera Udara Amerika Syarikat — yang membentuk keseluruhan komponen berasaskan darat dalam triad nuklear negara itu — telah mula digunakan sejak zaman pentadbiran Presiden Nixon,” kata mereka.
Kedua-dua bekas pegawai tinggi USAF juga menyatakan bahawa inventori pesawat-pesawat milik tentera udara itu adalah terlalu kecil, dengan ia hanya memiliki separuh daripada pesawat-pesawat pengebom dan pejuang pada ketika ini berbanding ketika Operasi Desert Storm.
Operasi Desert Storm merupakan konflik besar terakhir disertai oleh Tentera Udara Amerika Syarikat.
B-52
B-52 “Stratofortress”
Pada hari ini menurut mereka, hanya 10 buah daripada pesawat pengebom halimunan dan 60 buah pesawat pejuang F-22 Raptor bersedia untuk beroperasi pada bila-bila masa, manakala perolehan lebih banyak pesawat pejuang F-35 untuk USAF adalah berjalan terlalu perlahan.
“Setiap bidang misi dalam Tentera Udara terjejas, termasuk pesawat mobiliti, pesawat kawalan jauh, pengurusan pertempuran udara, risikan, pemantauan dan peninjauan, misi mencari dan menyelamat tempur serta banyak lagi.”
“Kesemuanya mengalami kekurangan kapasiti yang ketara berbanding keperluan sebenar, namun tiada satu pun daripada cabaran ini dirancang untuk dipulihkan dalam masa terdekat.”
Menurut kedua-dua mereka, usaha membina semula kekuatan Tentera Udara Amerika Syarikat memerlukan pelaburan yang agresif dan sudah lama tertangguh — dianggarkan melebihi USD$40 bilion (RM 176 billion) setahun untuk tempoh beberapa tahun akan datang.
Secara khusus, Kongres Amerika Syarikat disaran untuk meluluskan peruntukan bagi pembelian sekurang-kurangnya 72 buah pesawat F-35A dan F-15EX setiap tahun, serta menggandakan kadar perolehan pesawat pengebom strategik B-21 yang telah dirancang sebelum ini.
“Perkhidmatan kami tidak mempunyai pembiayaan dan sumber yang mencukupi, walaupun potensi konflik dalam masa terdekat semakin meningkat,” kata Ketua Turus Tentera Udara, Jeneral David Allvin baru-baru ini.
B-2 Spirit
B-2 Spirit
“Ringkasnya, Amerika Syarikat memerlukan Tentera Udara yang lebih besar — dan ia perlu segera,” tegas beliau.
Berdasarkan cadangan belanjawan fiskal tahun 2025, Tentera Udara Amerika Syarikat dijangka menerima peruntukan sebanyak US$188.1 bilion (RM827 billion), suatu peningkatan sebanyak US$3 bilion (RM13.2 billion) atau 1.6 peratus berbanding permintaan belanjawan tahun 2024 yang berjumlah US$185.1 bilion (RM814 billion).
Walaupun terdapat peningkatan, beberapa penganalisis dan pegawai kanan pertahanan menyatakan bahawa peruntukan ini masih belum mencukupi untuk memenuhi keperluan pemodenan yang mendesak. Antara faktor yang membimbangkan termasuk:​
  • Pemotongan dalam Perolehan: Untuk menampung keperluan kesiapsiagaan dan pemodenan, USAF terpaksa mengurangkan perolehan aset baharu. ​
  • Kos Tinggi Program NGAD: Program Next Generation Air Dominance (NGAD), yang termasuk pembangunan pesawat pejuang generasi keenam F-47, memerlukan pelaburan besar. Kos pembangunan dan pengeluaran pesawat ini dijangka tinggi, menimbulkan kebimbangan mengenai kemampuan pembiayaan jangka panjang. ​
  • Keperluan Pelaburan Tambahan: Beberapa pihak mencadangkan pemotongan program senjata tertentu, seperti peluru berpandu Long-Range Standoff (LRSO), untuk membebaskan dana bagi pemodenan konvensional yang lebih mendesak.
F-16
F-16
Walaupun belanjawan FY2025 menunjukkan peningkatan, ia mungkin masih belum mencukupi untuk memenuhi semua keperluan pemodenan USAF, terutamanya dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.
Keputusan strategik dan penyesuaian dalam peruntukan dana mungkin diperlukan untuk memastikan USAF kekal relevan dan berdaya saing.
— DEFENCE SECURITY ASIA

Leave A Reply

Your email address will not be published.