Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

24 Orang Anggota Tentera Israel Terbunuh, Kematian Paling Tinggi Dalam Sehari

Kematian 24 orang anggota tentera Israel dalam insiden di tengah Gaza semalam itu merupakan realiti yang sukar diterima oleh penduduk dan kepimpina Israel yang menganggap tentera mereka “terlalu kuat” dan "mustahil" untuk dikalahkan oleh pejuang-pejuang Palestin yang bersenjata ringan.    

0 1,028

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejumlah 24 orang anggota tentera Israel terbunuh di Gaza semalam,  jumlah kematian paling tinggi dialami oleh tentera Yahudi itu di dalam satu hari sejak ia melancarkan serangan darat terhadap Semenanjung Gaza lebih daripada tiga bulan lepas.

Ia membuktikan bahawa tentangan yang diberikan oleh kumpulan-kumpulan pejuang Palestin terhadap pencerobohan tentera Israel adalah amat sengit berbanding dengan laporan media Barat yang berat-sebelah dan sering di-censor oleh pihak Yahudi.

Kematian 24 orang anggota tentera Israel yang kebanyakkannya anggota simpanan itu disahkan oleh jurucakapnya sendiri, Brig Gen Daniel Hagari.

Bagaimanapun laporan daripada media-media alternatif Israel dan Arab yang mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan-kumpuan bersenjata Palestin menyatakan jumlah kematian tentera Israel dalam insiden itu adalah jauh lebih tinggi berbanding apa yang diumumkan secara rasmi.

Mereka menyatakan bahawa kematian tentera Israel dalam insiden yang berlaku di bahagian tengah Gaza semalam itu adalah kira-kira 50 orang, manakala bilangan yang cedera juga adalah tinggi.

Walaupun mengalami tentangan hebat daripada pejuang-pejuang Palestin, tentera Israel hanya menyatakan bahawa 217 anggota tentera terbunuh sejak ia melancarkan serangan darat di Gaza.

Israel

Kemalangan jiwa di kalangan penduduk awal Palestin pula telah melebihi 25,000 orang, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.  

Sebelum ini jumlah kematian paling tinggi dialami oleh tentera Israel dalam satu-satu hari berlaku dua bulan lepas apabila anggota tenteranya daripada Golani Brigade diserang hendap oleh pejuang Palestin menyebabkan 16 orang daripada mereka terbunuh.

Dalam insiden berlainan, sebuah kereta perisai Israel juga telah dibedil dengan RPG dilancar pejuang Palestin menyebabkan 11 orang anggota tentera Yahudi terbunuh.

Kematian 24 orang anggota tentera Israel merupakan realiti yang sukar diterima oleh penduduk Israel yang menganggap tentera mereka “terlalu kuat” dan mustahil untuk dikalahkan oleh pejuang-pejuang Palestin.    

Menurut jurucakap tentera Israel itu, anggota tentera Israel menemui ajal berkemungkinan akibat letupan daripada periuk yang diletakkan oleh mereka di dua buah bangunan yang mereka rancang untuk letupkan.

Israel

Pejuang-pejuang Palestin dilaporkan telah melancarkan bedilan roket terhadap terhadap bangunan-bangunan terbabit menyebabkan periuk api diletak tentera Israel meletup dan mengorbankan mereka.

“Kumpulan pejuang Palestin telah melakukan serangan hendap terhadap bangunan itu dengan melancarkan serangan Rocket Propelled Grenade (RPG) terhadapnya.”

“Roket pertama telah mengenai bangunan pertama di mana periuk api telah diletakkan. Serangan RPG itu menyebabkan letupan yang menyebabkan bangunan itu runtuh dan bangunan di sebelah,” kata jurucakap tentera Israel itu.

Beliau berkata kebanyakkan tentera Israel terbunuh maut selepas bangunan itu runtuh akibat serangan RPG oleh pejuang Palestin itu.

Sementara itu beliau juga berkata, kereta kebal Merkava yang mengawal perimeter bangunan itu turut telah diserang dengan RPG kumpulan pejuang Palestin menyebabkan komander kereta kebal dan anggotanya terbunuh.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netahyahu menyatakan apa yang berlaku di tengah Gaza dimana 24 orang anggota tentera menemui ajal di tangan pejuang Palestin merupakan “di antara hari-hari yang paling sukar” untuknya.– DSA

To contact email: lulwabyadah@gmail.com

Comments
Loading...