Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

APMM Peroleh Empat Buah Helikopter Medium-Lift Leonardo AW189

Kontrak perolehan empat buah helikopter AW189 dibangunkan oleh syarikat Leonardo Helicopters telah dianugerahkan kepada Syarikat Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd.

0 4,204

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah memutuskan untuk memperolehi empat buah helikopter bersaiz sederhana AW189 yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo Helicopters.

Majlis penyerahan Surat Setuju Terima bagi perolehan empat buah helikopter AW189 milik APMM  itu telah disempurnakan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri Datuk Ruji Ubi hari ini.

Kontrak telah dianugerahkan kepada Syarikat Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd,namun kenyataan di dalam akuan FB Kementerian Dalam Negeri itu tidak menyatakan kos perolehan empat buah helikopter AW189 itu.

Pada ketika ini, dua buah helikopter AW189 turut digunakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Helikopter AW189 Leonardo Helicopters itu dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan untuk melaksanakan misi-misi yang mencabar.

Dengan berat 8,300kg hingga 8,600kg serta dilengkapi dengan dua enjin sama diperbuat oleh syarikat Safran atau General Electric,  helikopter medium-lift itu berkeupayaan terbang selaju 294km sejam.

AW189
(FB KDN)

 

Dengan dua krew, helikopter AW189 itu boleh membawa sehingga 19 orang penumpang.

Helikopter AW189 itu dilengkapi dengan keupayaan untuk melaksanakan misi-misi perubatan dan menyelamat yang mencabar.

Ia adalah helikopter paling baik di dalam kelasnya dalam faktor kelajuan, jarak operasi dan muatannya bagi membolehkan ia melaksanakan prestasi paling tinggi dalam misi-misi SAR (Search and Rescue) dan Medical Evacuation (MEDEVAC).

Jarak operasi dan ketahanan helikopter AW189 memberikan ia kelebihan besar dalam melaksanakan misi-misi yang penting dalam menyelamatkan nyawa.

Helikopter AW189 memastikan juruterbangnya dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini dalam aspek penerbangan helikopter dan juga ciri-ciri keselamatan.

Avionik moden milik helikopter itu dengan digital glass cockpit bersepadu memberikan ia kesedaran tentang situasi tertinggi dengan set sensor yang komprehensif.

AW189

Kabin helikopter AW189 adalah paling besar di dalam kelasnya, dengan kemampuan untuk menempatkan sembilan penumpang bersama-sama tiga buah stretcher dan kelengkapan-kelengkapan penting untuk misi menyelamatkan nyawa.

Helikopter yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo Helicopters itu memiiki ciri-ciri terkini dalam teknologi digital, dengan menggunakan sistem avionik yang dibangunkan oleh kepakaran dalamannya sendiri.

Cabin mission console dan kokpit yang bersepadu untuk memberikan suasana digital didalam helikopter. — DSA

To contact email: lulwabyadah@gmail.com

Comments
Loading...