Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat MPA “P-8A Poseidon” DiLengkapi Peluru Berpandu Harpoon Ronda Teluk Parsi

Meronda di kawasan perairan Teluk Parsi dengan peluru berpandu anti-kapal Harpoon.

0 2,289

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak Tentera Laut Amerika Syarikat telah mengeluarkan gambar-gambar menunjukkan pesawat peronda maritimnya (MPA) “Poseidon P-8A” melakukan rondaan di kawasan di bawah U.S  5th Fleet membawa peluru berpandu AGM-84D Harpoon.

Kawasan-kawasan di bawah U.S 5th Fleet termasuklah Teluk Parsi, Laut Merah, Laut Arab dan sebahagian Lautan Hindi.

Harpoon
Gambar kredit Tentera Laut Amerika Syarikat

 

Gambar-gambar itu menunjukkan krew yang bertugas dengan “Fighting Tigers” Patrol Squadron 8 dikerahkan bersama Commander Task Force 57 (CTF 57) melakukan pre-flight check terhadap empat buah peluru berpandu yang dipasang pada pesawat MPA itu.

Walaupun lokasi sebenar pesawat itu ditempatkan tidak didedahkan, tetapi ia dipercayai di Manama, Bahrain dimana pesawat-pesawat P-3 dan Poseidon ditempatkan bagi membantu tugas-tugas CTF-57 yang merupakan task force bagi tugas-tugas pemantauan bagi U.S 5th Fleet. Peluru berpandu anti-kapal AGM-84D Harpoon selalunya digunakan bersama-sama torpedo MK54 untuk tugas anti-kapal selam.

Harpoon
Gambar kredit Tentera Laut Amerika Syarikat

 

Tak pasti sama ada P-8 Poseidon turut sama terlibat dalam tender bagi bekalan pesawat MPA untuk TUDM.

Mungkin mahal sangat untuk kita.

Dikatakan ini adalah gambar-gambar pertama menunjukkan pesawat MPA P-8A dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu AGM-84D Harpoon ketika menjalankan kerja-kerja rondaan dan pemantauan di kawasan dibawah kawal selia U.S 5th Fleet.

Dalam keadaan di Teluk Parsi tegang dengan aktiviti oleh kumpulan-kumpulan militia pro-Iran, penggunaan peluru-peluru berpandu ini terhadap mana-mana aset laut Iran boleh meningkatkan lagi ketegangan.

Harpoon
Gambar kredit Tentera Laut Amerika Syarikat

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...