Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Laut Kanada Pula Hantar Kapal Perang Ke Laut China Selatan

Kehadirannya sudah pasti akan dipantau dengan teliti oleh pihak China sebagaimana ia memantau mana-mana kapal perang asing (negara-negara bukan littoral) di perairan Laut China Selatan.

0 5,575

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas kedatangan kapal-kapal perang daripada Perancis baru-baru ini, Laut China Selatan kini menerima pula kapal friget tentera laut Kanada, HMCS Calgary pula singgah di perairan yang didakwa oleh Beijing sebagai miliknya.

Bertolak daripada pangkalan laut Amerika Syarikat di Pasifik iaitu Guam, HMCS Calgary singgah di Brunei dan sempat mengadakan Passing Exercise (PASSEX) dengan kapal peronda pesisir pantai tentera laut Brunei, KDB Darussalam.

Kanada
Kapal friget Tentera Laut Kanada “HMCS Calgary.”

 

HMCS Calgary merupakan kapal friget kelas-Halifax yang mula memasuki perkhidmatan dalam tentera laut Kanada pada 1995.

Selepas Brunei, ia bertolak ke arah barat tanpa memberitahu destinasi selepas itu.

Kapal seberat 4,000 tan-5,000 tan (full load) sepanjang 130 meter itu dilengkapi dengan sebuah helikopter dan peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” serta peluru berpandu pertahanan udara “Sea Sparrow.”

Kehadirannya sudah pasti akan dipantau dengan teliti oleh pihak China sebagaimana ia memantau mana-mana kapal perang asing (negara-negara bukan littoral) di perairan Laut China Selatan.

Perancis dan Kanada menyusul kapal-kapal perang Amerika Syarikat yang kerap berada di Laut China Selatan. Tahun lepas, tiga buah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat mengadakan latihan di perairan itu, dalam satu lagi mesej Washington kepada China tentang komitmennya terhadap laut itu.

Perancis bukan sekadar mengerah kapal-kapal permukaan ke Laut China Selatan, tetapi turut menghantar kapal selam berkuasa nuklear kelas-Rubis ke perairan strategic itu.

HMCS Calgary

 

Mereka sempat mengadakan latihan dengan kapal-kapal tentera laut Indonesia di perairan sekitar Selat Sunda.(salah satu laluan yang menghubungkan Laut China Selatan dengan Lautan Hindi)

Beijing sudah pasti akan mempersiapkan tentera lautnya kerana selepas Kanada ini, Laut China Selatan bakal menerima kapal-kapal perang daripada Tentera Laut Jerman dan armada kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth.

Mengiringi HMS Queen Elizabeth adalah kapal-kapal perang daripada beberapa negara Eropah, yang menandakan peningkatan campurtangan negara-negara Eropah terhadap pertikaian  di Laut China Selatan.

Pengarah China Institute of International Studies  Cui Hongjian dilaporkan berkata, “Mereka (negara-negara Eropah mahu mengenakan pengaruh terhadap China, bukan sahaja menerusi cara-cara ekonomi dan diplomatic  tetapi juga secara yang lebih jelas seperti kapal-kapal perang untuk mengingatkan Beijing bahawa mereka boleh menekan pengaruh keselamatan di sekeliling anda.”

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...