Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Syarikat Gantung Hubungan Perdagangan Dengan Myanmar

Washington berkata, ia akan hanya mengembalikan semula perjanjian perdagangan itu apabila kerajaan demokrasi kembali berkuasa di Myanmar.

0 1,334

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat menggantung perjanjian perdagangannya dengan Myanmar berikutan tindakan ganas tentera negara itu yang sehingga kini mengorbankan ratusan nyawa penduduknya.

Washington berkata, ia akan hanya mengembalikan semula perjanjian perdagangan itu apabila kerajaan demokrasi kembali berkuasa di Myanmar.

myanmar

“Kerajaan Amerika Syarikat menyokong rakyat Myanmar dalam usaha mereka untuk mengembalikan kerajaan yang dipilih secara demokratik. Amerika Syarikat mengutuk sekeras-kerasnya keganasan pihak tentera terhadap penduduk awam.”

“Pembunuhan penduduk awam negara itu memeranjatkan seluruh dunia,” kata wakil perdagangan Amerika Syarikat Katherine Tai dalam satu kenyataan.

Ahad lepas, media tempatan di Myanmar melaporkan kita-kira 141 penduduk tempatan termasuk tujuh kanak-kanak mati ditembak oleh anggota tentera di seluruh negara.

Pada Isnin dan Selasa pula, dilaporkan lebih daripada 100 orang di seluruh Myanmar maut akibat tindakan ganas anggota tentera.

Tai berkata Washington mengantung segala hubungan perdagangan kedua-dua negara di bawah Perjanjian Perdagangan yang dimeterai pada 2013.

Bakar Kilang

Selain menggantung hubungan perdagangan antara Amerika Syarikat dan Myanmar, pentadbiran Presiden Jo Biden juga melaksanakan sekatan ekonomi terhadap dua konglomerat ekonomi yang dikawal oleh pihak tentera negara itu.

Kedua-dua konglomerat itu adalah Myanmar Economic Holdings Ltd dan Myanmar Economic Corp.

Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara adalah tidak besar, dengan pada tahun lepas Yangon merupakan rakan dagang ke-84 terbesar Washington manakala eksport Amerika Syarikat ke Myanmar tahun lepas hanya berjumlah US$334 juta manakala import pula adalah US$1 billion.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...