Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Laut British Kesan Cubaan Dua Kapal Selam China “Shadow” HMS Queen Elizabeth

Bagaimanapun, cubaan kedua-dua kapal selam China itu untuk mengekori HMS Queen Elizabeth gagal kerana kehadiran mereka dikesan oleh krew ASW yang berada di kapal friget HMS Kent dan HMS Richmond, kapal-kapal  pengiring kapal pengangkut pesawat itu di bawah Carrier Strike Group 2021 (CSG21).

0 6,355

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua buah kapal selam berkuasa nuklear Type 093 kelas-Shang milik China cuba “shadow” kapal pengangkut pesawat British, HMS Queen Elizabeth ketika kapal perang seberat 64,000 tan itu sedang  meninggalkan Laut China Selatan menuju ke perairan Pasifik Barat.

Bagaimanapun, cubaan kedua-dua kapal selam China itu untuk mengekori HMS Queen Elizabeth gagal kerana kehadiran mereka dikesan oleh krew ASW yang berada di kapal friget HMS Kent dan HMS Richmond, kapal-kapal  pengiring kapal pengangkut pesawat itu di bawah Carrier Strike Group 2021 (CSG21).

HMS Kent dan HMS Richmond adalah kapal friget Type 23 yang mempunyai kepakaran untuk menangani peperangan ASW (anti submarine warfare).

Menurut artikel yang disiarkan oleh akhbar British, Daily Express, krew kedua-dua kapal friget British itu mula mengesan kehadiran kedua-dua buah kapal selam China kira-kira enam jam selepas meninggalkan Laut China Selatan.

“Beijing sedang meningkatkan kemampuan kapal selamnya dengan pantas dan kita tidak boleh mengambil ringan atas kemampuan mereka, tetapi mereka tidak memiliki pengalaman seperti British dan Amerika Syarikat hasil daripada era Perang Dingin dengan misi di Lautan Atlantik,” menurut sumber Tentera Laut British memberitahu akhbar itu.

HMS Kent
Kapal friget Type 23 “HMS Kent” Tentera Laut British.

 

Pada ketika ini, tentera laut China memiliki 66 buah kapal selam di dalam armada tentera lautnya,  lebih banyak daripada apa yang dimiliki oleh Amerika Syarikat dan Britain.

China mengoperasi enam buah kapal selam kelas-Shang dalam tentera lautnya,yang mula memasuki perkhidmatan pada 2006.

Membawa 85 krew, kapal selam Type 093 kelas-Shang itu boleh berada di bawah permukaan air selama 80 hari dan membawa peluru-peluru berpandu kruis dan torpedo.

HMS Queen Elizabeth
Kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth dengan kapal selam berkuasa nuklear kelas-Astute.

 

Sumber tentera laut British juga berkata, kapal selam berkuasa nuklear negara itu daripada kelas-Astute turut mengesan kehadiran sebuah lagi kapal selam kelas-Shang China ketika ia mengiringi HMS Queen Elizabeth dalam pelayarannya di Indo Pasifik.

Semalam kapal HMS Queen Elizabeth dan kapal-kapal pengiringnya daripada CSG21 tiba di pangkalan laut Amerika Syarikat di Guam.

Selepas singgah di Guam,  kapal pengangkut pesawat British dan CSG21 akan ke Pasifik Barat dimana ia akan mengadakan latihan dengan kapal-kapal tentera laut Amerika Syarikat dan sekutu yang lain.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...