Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Darat Mahu Anggota Diberi Kuasa Periksa, Tahan, Tangkap PATI

Dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional BERNAMA,  Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata hak kuasa itu adalah penting terutamanya apabila bertugas di kawasan-kawasan sempadan negara.

0 1,579

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Darat Malaysia berharap diberikan hak kuasa untuk memeriksa,menahan dan menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menceroboh sempadan daratan negara ini.

Dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional BERNAMA,  Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata hak kuasa itu adalah penting terutamanya apabila bertugas di kawasan-kawasan sempadan negara.

Hak kuasa itu katanya adalah untuk memastikan tugasan yang dilaksanakan anggota tentera darat mampu menangkis sebarang cubaan pencerobohan dan penyeludupan berlaku di sempadan daratan negara.

Tentera Darat

“Kita (Tentera Darat) masih di dalam proses bagi memohon kelulusan hak kuasa itu daripada Majlis Keselamatan Negara.

“Hak kuasa ini amat diperlukan di kawasan operasi seperti di sempadan Thailand dan di sempadan Kalimantan,” katanya.

Tentera Darat
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama pasukannya di Markas Taktikal 749 Kem Sri Banding, semalam.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan beg dan bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada anggota Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD) yang sedang melaksanakan Operasi Benteng Kota Foxtrot/Echo dan Op PAGAR III. — DSA

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Tentera Darat

Comments
Loading...