Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Beri Amaran Akan “Gugur Bom” Atas Kapal Perang British Jika Gagal Hirau “Amaran”

Amaran oleh Russia itu telah disuarakan oleh Timbalan Menteri Luar-nya Sergey Rybkov hari ini, sehari selepas insiden merbahaya semalam yang jika gagal ditangani boleh menjerumuskan seluruh rantau itu ke kancah peperangan.

0 2,584

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia memberi amaran kepada Britain bahawa ia bersedia untuk “menggugurkan bom terhadap sasaran” jika negara sekutu Amerika Syarikat itu mengambil pendekatan tidak menghiraukan amaran yang telah diberikan terhadapnya.

Amaran oleh Russia itu telah disuarakan oleh Timbalan Menteri Luar-nya Sergey Rybkov hari ini, sehari selepas insiden merbahaya semalam yang jika gagal ditangani boleh menjerumuskan seluruh rantau itu ke kancah peperangan.

“Apa boleh kami buat? Kami boleh merayu, meminta mereka supaya menghormati undang-undang antarabangsa. Jika ini tidak membantu, kita bukan sahaja boleh mengugurkan bom di laluan mereka tetapi juga di sasaran, jika rakan-rakan kita tidak memahaminya, “ kata  beliau sebagaimana dipetik oleh agensi TASS.

“Saya memberi amaran sesiapa yang mengugat kedaulatan wilayah Persekutuan Russia di bawah kebebasan pelayaran (free navigation) kerana keselamatan negara adalah perkara paling utama,” katanya.

Menurut Timbalan Menteri Luar itu, Russia akan menangani sebarang pencerobohan terhadap wilayahnya sama ada secara diplomatik, politik dan jika perlu secara ketenteraan.

HMS Defender
Kapal destroyer Tentera Laut British “HMS Defender.”

 

Amaran keras oleh beliau itu merupakan respons terhadap apa yang berlaku semalam di perairan Crimea.

Semalam, Kementerian Pertahanan Russia memaklumkan bahawa kapal-kapal pengawal pantainyanya telah melepaskan tembakan amaran kearah sebuah kapal destroyer milik Tentera Laut British  Type 45 “HMS Defender” selepas kapal perang British ia didakwa menceroboh perairan Crimea di Laut Hitam.

Russia menganggap Crimea dan perairan sekitar sebagai miliknya selepas menduduki secara haram wilayah Ukraine itu pada 2014.

Manakala British dan sekutu-sekutu Baratnya pula mendakwa perairan Crimea tetap kekal milik Ukraine.

Laporan daripada Russia juga mendakwa pesawat SU-24M Tentera Udara Russia yang berpengkalan di Crimea telah mengugurkan empat butir bom OFAB-250 berhampiran kapal perang British itu untuk menghalangnya daripada meneruskan pelayaran ke arah pantai Crimea.

Kementerian Pertahanan Russia mengatakan kapal perang British itu berada 2 batu nautika di dalam perairan didakwa miliknya berhampiran Camp Fiolent, tidak jauh daripada Sevastopol yang merupakan pangkalan Tentera Laut Russia di Laut Hitam.

Sementara itu Setiausaha Luar British Dominic Raab menafikan bahawa kapal-kapal perang Russia telah melepaskan tembakan ke atas HMS Defender.

Katanya, kapal perang itu melakukan pelayaran aman di kawasan perairan itu selaras dengan undang-undang antarabangsa.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...