Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Saingan Sengit Tender Peluru Berpandu Anti-Kereta Kebal Jarak Sederhana

Perolehan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana yang baru itu untuk Tentera Darat dipercayai untuk menggantikan sistem Metis-M daripada Russia dan Bakhtar Shikan daripada Pakistan (klon daripada Hongjian HJ-8 China) yang agak berusia.

0 5,472

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pada Oktober tahun lepas, Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender untuk mendapatkan sejumlah sistem peluru berpandu anti-kereta kebal-jarak sederhana atau Anti-Tank Guided Weapon-Medium Range (ATGW-MR), yang akan digunakan oleh unit-unit anti-kereta kebal Tentera Darat.

Tender untuk perolehan senjata itu akan ditutup pada 2 November 2021.

Perolehan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana yang baru itu untuk Tentera Darat dipercayai untuk menggantikan sistem Metis-M daripada Russia dan Bakhtar Shikan daripada Pakistan (klon daripada Hongjian HJ-8 China) yang agak berusia.

Anti kereta kebal
Anggota tentera darat melancarkan peluru berpandu “Bakhtar Shikan” buatan Pakistan. (gambar kredit Tentera Darat)

 

Menurut dokumen tender itu lagi, terdapat keperluan bagi platun-platun anti-kereta kebal di battalion infantri untuk dilengkapkan dengan senjata peluru berpandu anti-kereta kebal (jarak sederhana).

Antara spesifikasi yang dinyatakan oleh dokumen tender Kementerian Pertahanan itu adalah – senjata ATGW-MR yang bakal diperolehinya itu mestilah berkemampuan untuk memusnahkan kenderaan armor musuh. (ia bagaimanapun tidak menyatakan senjata ATGW-MR terbaru Tentera Darat itu perlu menembusi berapa ketebalan armor)

Selain itu, senjata ATGW-MR itu juga mesti mampu memusnahkan kubu-kubu diperkukuhkan oleh pihak musuh (heavily-fortified bunkers) pada jarak maksimum sejauh 2,000 meter atau 2km jauhnya.

Tidak pasti sama ada sistem ATGW-MR baru Tentera Darat ini adalah man-portable atau dibawa oleh kenderaan khusus.

Admin dimaklumkan bahawa iklan tender Kementerian Pertahanan itu telah menarik perhatian beberapa syarikat pembuat sistem ATGW-MR yang berada di pasaran pada ketika ini.

Metis-M
Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Metis-M” sebagaimana digunakan oleh Tentera Darat Malaysia.

 

Dan persaingan untuk membekalkan sistem tersebut kepada Kementerian Pertahanan difahamkan “adalah amat sengit” sebagaimana yang dimaklumkan oleh sumber tidak dikenali kepada Defence Security Asia.

Setakat ini, tiada keputusan lagi tetapi kita berharap pihak Kementerian Pertahanan dapat membuat keputusan yang terbaik.

Ok, mengenai calon-calonny pula, admin difahamkan ada beberapa sistem yang memasuki tender Kementerian Pertahanan itu.

Antaranya adalah:

 

1.OMTAS

 

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana OMTAS (Orta Menzilli Tanksavar Sistemi) telah dibangunkan oleh firma Roketsan daripada Turki.

Memandangkan trend pada ketika ini menyebelahi produk-produk Turki, maka tidak dapat dinafikan bahawa OMTAS adalah antara frontrunner, kerana syarikat yang membangunkannya iaitu ROKETSAN adalah nama besar dalam industri pertahanan negara itu.

Sistem OMTAS ini digunakan oleh Tentera Darat Turki bagi menggantikan sistem TOW dan Milan, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia telah pun melihat aksi di beberapa konflik yang melibatkan negara itu.

OMTAS ini adalah sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana generasi ke-4 yang amat berkesan untuk memusnahkan kenderaan-kenderaan berperisai, kubu-kubu diperkukuhkan serta kereta-kereta kebal utama (main battle tanks).

Satu sistem OMTAS ini terdiri daripada peluru berpandu itu sendiri, platform pelancarnya dan fire control unit, dengan keseluruhan berat sistem itu mencecah sehingga 35kg yang menjadikan sistem ini amat bersesuaian untuk digandingkan dengan sebuah kenderaan (untuk mobiliti yang lebih baik di medan konflik).

OMTAS
Sistem Peluru Berpandu Jarak Sederhana “OMTAS” yang dibangunkan oleh firma Roketsan daripada Turki.

 

Bagaimanapun, pelancaran sistem OMTAS ini boleh dilakukan tripod, platform darat yang stabil serta remote-controlled turret.

Ia juga adalah sistem yang boleh beroperasi siang dan malam serta segala bentuk keadaan cuaca.

Bagi kepala peledaknya, sistem boleh dilengkapkan dengan Tandem-Charged High Explosive Anti Tank (HEAT) untuk kenderaan perisai serta kereta kebal utama dan juga High-Explosive Fragmentation untuk kedudukan infantry.

Cara serangan OMTAS pula adalah sama ada Direct Attack atau Top Attack, fire-and-forget atau fire-and-update.

Mengenai kemampuannya menembusi armor kereta kebal utama, firma Roketsan tidak mendedahkan ketebalan reaktif armor yang boleh ditembusi oleh peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana OMTAS tetapi dijangkakan ia tidak kurang 1000mm.

Sistem OMTAS ini boleh membedil sasaran dengan ketepatan yang tinggi sehingga 4km jauhnya.

OMTAS

 

2.Javelin FGM-148

 

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” FGM-148” yang pada ketika ini seperti “goreng pisang panas” di Ukraine telah dibangunkan dibangunkan oleh syarikat usahasama antara Raytheon dan Lockheed Martin.

Selain Ukraine di mana ia bertanggungjawab memusnahkan ratusan armor milik pihak Russia, sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” ini telah digunakan secara meluas oleh tentera Amerika Syarikat di Afghanistan dan Iraq.

Lebih daripada 25,000 peluru berpandu dan 6,000 sistem pelancarnya telah dijual kepada pelanggannya daripada seluruh dunia.

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” ini terdiri daripada Command Launch Unit (CLU) dan peluru berpandunya yang menggunakan konsep “fire and forget.”

Apabila dilancarkan, peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” ini boleh membedil sasaran sejauh 2,500 meter.

Javelin
Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin.”

 

Baru-baru ini, Jabatan Negara Amerika Syarikat mengumumkan bahawa ia telah meluluskan penjualan 300 butir peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” FGM-148 kepada Thailand bernilai US$83.5 juta (RM350 juta).

Menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat lagi, penjualan kepada Thailand adalah untuk menggantikan sistem recoiless rifle 106mm yang sedang digunakan oleh anggota tentera negara itu.

Ia juga bertujuan meningkatkan kemampuan anti-kereta kebal tentera Thailand serta interoperability dengan tentera Amerika Syarikat semasa latihan serta operasi bersama.

Jikalau Kementerian Pertahanan memilih Javelin, maka kita bakal menjadi negara kedua di Asia Tenggara selepas Thailand yang menggunakan sistem peluru berpandu jarak sederhana “Javelin” yang kini sedang hangat diperkatakan di Ukraine.

Javelin

 

3.Akeron MP(Akeron Moyenne Portée)

 

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana Akeron Mp (Akeron Moyenne Portée)  dahulu dikenali sebagai  MMP (Missile Moyenne Portée)  adalah peluru berpandu generasi kelima buatan Perancis.

Ia dilengkapi dengan kemampuan untuk dioperasikan mengguna kaedah fire-and-forget dan command guidance, selain mengintegrasikan  third party target designation.

Akeron MP

Peluru berpandu anti-kereta kebal Akeron MP mula memasuki perkhidmatan angkatan tentera Perancis bermula daripada 2017 untuk menggantikan peluru berpandu MILAN dan pelutru berpandu anti kereta kebal buatan Amerika Syarikat, Javelin FGM-148.

Sistem peluru berpandu yang dibangunkan oleh syarikat MBDA itu mempunyai kemampuan membedil sasaran sehingga 5km dan menembusi armor setebal 1,000mm serta 2,000mm untuk konkrit.

Malah, pada ketika ini syarikat sedang membangunkan sistem peluru berpandu Akeron MP dengan kemampuan membedil sasaran lebih jauh iaitu 11km, untuk dilengkapkan pada helikopter penyerang Eurocopter Tiger MKIII  yang digunakan oleh angkatan tentera Perancis.

Akeron MP
Akeron MP

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

4.AT-1K Raybolt (Hanja)

 

Ia adalah sistem peluru berpandu generasi ketiga yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Korea Selatan, LIG NEXI yang membangunkan sistem peluru berpandunya, manakala firma Hanhwa pula membangunkan sistem pelancarnya.

Ia mempunyai kemampuan Fire and Forget menggunakan Infra Red Imaging Seeker dan Tandem Warhead untuk memusnahkan armor reaktif yang dipasang pada kereta-kereta kebal utama pada masa ini.

Raybolt
Raybolt

 

Sistem peluru berpandu AT-1K Raybolt ini sama tarafnya dengan Javelin FGM-148 dan SPIKE buatan syarikat Rafael dariipada Israel yang digunakan oleh Singapura dan Filipina di rantau Asia Tenggara. 

Sistem ini mempunyai kemampuan membedil sasaran sejauh 2.5km (maksima).

Setakat ini,selain Korea Selatan sistem peluru berpandu ini turut digunakan oleh tentera Arab Saudi, Azerbaijan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE),

raybolt

 

— DSA

 

 

 

 

Comments
Loading...