Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tender Bekal Pesawat FLIT-LCA Kepada TUDM Dibuka Hari ini, Persaingan Bermula

Ini kerana, Kementerian Pertahanan telah membuka tender antarabangsa untuk membekalkan 18 buah pesawat tersebut pada hari ini.

4,841

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hari ini bermulalah “perlumbaan” yang dijangkakan amat sengit untuk membekalkan pesawat “Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft” (FLIT-LCA) kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ini kerana, Kementerian Pertahanan telah membuka tender antarabangsa untuk membekalkan 18 buah pesawat tersebut pada hari ini.

Tender antarabangsa bagi 18 buah pesawat FLIT-LCA untuk TUDM akan berlangsung sehingga 22 September apabila ia ditutup.

Selepas 22 September itu, Kementerian Pertahanan akan menjalankan evaluation terhadap mana-mana pesawat yang difikirkan mereka bersesuaian untuk memenangi tender terbabit.

18 buah ini adalah Batch Pertama, manakala 18 buah lagi akan diperolehi pada RMK-13, menjadikan kesemuanya 36 buah (jika mengikut perancangan dan jika tidak dihijack oleh keperluan lain)

Filipina
Pesawat FA-50 oleh KAI

 

Apa yang admin harapkan adalah, pemilihan pesawat adalah berdasarkan kepada faktor-faktor kemampuan kombatnya serta perkara-perkara yang berkaitan.

Makluman tentang tender yang dijangka menelan belanja berbilion ringgit itu boleh didapati di laman web Kementerian Pertahanan.

Tender terbabit itu juga meliputi pelbagai peralatan lain berkenaan pesawat-pesawat FLIT itu, tetapi ia tidak dijelaskan dengan lanjut.

Sebagaimana yang kita tahu, tender ini amat dinanti-nantikan oleh syarikat-syarikat pembuat pesawat kombat jenis itu kerana dalam keadaan dunia sedang dilanda pendemik  COVID-19 yang mencengkam ekonomi, kebanyakkan negara telah bertindak untuk mengurangkan belanjawan pertahanan.

Pengurangan belanjawan pertahanan ini telah menyebabkan kesukaran kepada syarikat-syarikat pembuat pesawat pejuang.

Tender untuk 18 buah pesawat FLIT-LCA bagi TUDM itu adalah untuk menggantikan pesawat-pesawat FLIT/LCA yang sedang digunakan pada ketika ini iaitu Aermacchi MB-339CM serta pesawat satu tempat duduk Hawk 108 dan pesawat dua tempat duduk Hawk 208.

TUDM
Pesawat Leonardo M-346

 

Ok, antara syarikat-syarikat yang dijangka menyertai “perlumbaan” untuk memenangi tender itu adalah seperti berikut:

Aero Vodochody L-39NG
Boeing T-7 Red Hawk
CATIC L-15B
HAL Tejas LCA
Irkut YAK-130
KAI T/FA-50
Leonardo M-346/FA
PAC JF-17

Walaupun beberapa pesawat disenaraikan, tetapi admin percaya bahawa hanya ada beberapa yang betul-betul berpeluang untuk dipilih oleh Kementerian Pertahanan.

Frontrunner adalah Korea Aerospace Industries (KAI) dengan pesawat FA-50 mereka  diikuti oleh Leonardo M-346 dan diikuti oleh HAL Tejas serta JF-17 yang merupakan pesawat usahasama dibangunkan oleh Pakistan dan China.

Walaupun pesawat YAK-130 telah dipilih oleh beberapa negara jiran (Myanmar, Bangladesh, Laos dan Vietnam) tetapi faktor kemungkinan dikenakan CAATSA oleh Amerika Syarikat jika kita membelinya amat “menakutkan” pembuat-pembuat dasar kita.

So kita boleh tolak ke tepi la YAK-130 Mitten itu.

Nampaknya, persaingan adalah di antara FA-50 dan Leonardo, manakala Tejas dan JF-17 berada di tempat ketiga dan keempat.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.