Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Laut Jepun Lancar Kapal Friget FFM Kelas-Mogami Yang Ketiga

Kapal friget FFM kelas-Mogami ketiga yang diberikan nama “Noshiro” itu telah dibina oleh syarikat Mitsubishi Heavy Industries (MHI) di limbungan kapal di Nagasaki.

0 1,501

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Jepun (dipanggil Japan Maritime Self Defence Force) hari melancarkan kapal friget FFM ketiga daripada kelas-Mogami hari ini.

Kapal friget FFM kelas-Mogami ketiga yang diberikan nama “Noshiro” itu telah dibina oleh syarikat Mitsubishi Heavy Industries (MHI) di limbungan kapal di Nagasaki.

Tentera Laut Jepun mahu membina 22 buah kapal friget FFM kelas-Mogami menjelang 2032.

Friget 30FFM kelas-Mogami direkabentuk untuk menjadi kapal friget pelbagai guna (multi-mission frigate) masa depan bagi  tentera laut Jepun.

Dua buah syarikat dipertanggungjawab untuk membinanya iaitu MHI di Nagasaki dan Mitsui di Okayama.

Pada April lepas, Jepun dan Indonesia telah menandatangani perjanjian pertahanan yang bakal melihat peningkatan kekuatan laut negara jiran Malaysia.

Dalam perjanjian kerjasama itu, Jepun merancang untuk membekalkan sehingga lapan buah kapal friget FFM kelas-Mogami kepada Indonesia.

Bagaimanapun sebagaimana yang kita ketahui baru-baru ini, Indonesia memilih syarikat Fincantieri daripada Itali untuk membekalkan enam buah kapal friget FREMM dan dua buah friget terpakai kelas “Maestrale.”

Kapal friget FFM kelas-Mogami ini memiliki panjang 132 meter dan berat penuh dengan peralatan (full load displacement) sebanyak 5,500 tan.

Namun apa yang menarik bagi kapal friget ini adalah tahap otomasinya yang tinggi kerana bilangan krew adalah amat rendah, iaitu hanya 90 orang.

Friget 30FFM ini akan dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan dan sistem-sistem yang lain, seperti:

  • Meriam BAE Systems Mk.45 mod.4 5-inch (x1)
  • Japan Steel Works 12.7mm Remote Weapon System (x2)
  • Mk.41 VLS (fitted for but not with)
  • Raytheon SeaRAM ×1
  • MHI Type 17 anti-ship missiles ×8
  • Mitsubishi Electric OPY-2 multifunction Radar
  • Mitsubishi Electric OAX-3EO/IR sensors
  • Hitachi OQQ-11 anti-mine sonar
  • NEC OQQ-25 anti-submarine sonar (VDS/TASS)
  • UUV (OZZ-5 by MHI) and USV (unknown type) for mine countermeasures
  • Sea mines for offensive mine warfare

Walaupun “Mogami” dikategorikan sebagai friget, tetapi beratnya yang mencecah sehingga 5,500 tan adalah lebih kepada sebuah “ mini destroyer.”

Jepun menjangkakan kesemua 22 buah kapal friget 30FFM itu akan siap dibina pada 2032.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...