Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

T4lib4n Berjaya Kuasai Semula 50 Daerah Afghanistan Sebelum Amerika Berundur

Itu sebagaimana dilaporkan oleh akhbar terkenal Amerika Syarikat, New York Times.

0 1,514

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak Amerika Syarikat mengumumkan pengundurannya daripada Afganistan pada 1 Mei lepas, dianggarkan 50 daerah di negara bergolak itu telah berjaya ditawan semula oleh kumpulan T4lib4n.

Ia sebagaimana dilaporkan oleh akhbar terkenal Amerika Syarikat, New York Times.

Kebanyakkan daripada 50 daerah-daerah yang berjaya ditawan semula oleh kumpulan bersenjata terbabit itu terletak di kawasan pedalaman terpencil yang sukar untuk dipertahankan oleh pasukan tentera kerajaan Afghanistan tanpa bantuan daripada tentera Amerika Syarikat.

Di dalam tempoh 24 jam, berbelas daerah Afghanistan turut berjaya ditawan oleh kumpulan bersenjata terutamanya yang terletak di bahagian utara negara itu.

Keseluruhannya, Afghanistan memiliki kira-kira 400 daerah.

afghan
Kenderaan tentera Afghanistan yang berjaya dirampas oleh T4lib4n.

 

Kumpulan bersenjata yang mengamalkan pendekatan ekstremis itu turut menahan ratusan anggota tentera kerajaan Afghanistan serta merampas peralatan tentera mereka.

Di kota Kunduz, mereka menguasai kawasan pintu masuk bandar itu, sebelum memperluaskan kedudukan ke seluruh penempatan penduduk.

Tindakan mengejutkan itu berlaku ketika pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya yang kini berpangkalan di Kabul serta lapangan terbang Bagram sedang bersedia untuk meninggalkan negara itu dalam beberapa minggu lagi.

Semalam, kumpulan bersenjata bertempur dengan pasukan keselamatan dan sekurang-kurangnya 20 anggota tentera paling elit negara itu maut selain berpuluh tentera kerajaan terpaksa menyerah diri selepas kehabisan peluru.

Pengunduran tentera AS bermaksud pasukan tentera Afghanistan akan ditinggalkan tanpa bantuan ketenteraan yang sebelum ini membantu menghentikan keganasan Taliban.

Washington bercadang menarik balik keseluruhan tenteranya daripada negara itu menjelang 11 September.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...