Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] KF-21 “Boramae” Jalani Persiapan Terakhir Sebelum Penerbangan Sulung

Lapan buah pesawat prototaip KF-21 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI)  sedang menjalani “ground tests” di kemudahan milik KAI yang terletak di Sacheon di selatan Wilayah Gyeongsang.

0 4,204

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Selepas hampir enam tahun dibangunkan, pesawat generasi 4.5 buatan Korea Selatan “KF-21 Boramae” kini sedang menjalani persiapan terakhir sebelum melakukan penerbangan sulungnya yang dijangkakan pada bulan depan.

Menurut media-media tempatan Korea Selatan, lapan buah pesawat prototaip KF-21 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI)  sedang menjalani “ground tests” di kemudahan milik KAI yang terletak di Sacheon di selatan Wilayah Gyeongsang.

Menurut pegawai kanan KAI, syarikat itu telah menyelesaikan kira-kira 95 peratus daripada “ground test” yang perlu dilakukan oleh pesawat itu sebelum itu melakukan penerbangan sulungnya.

KF-21

Enam daripada lapan pesawat KF-21 yang bakal melaksanakan proses penerbangan sulung itu telah pun selesai menjalani proses “ground tests” itu manakala dua pesawat selanjutnya masih menjalani proses itu.

“Keenam-enam pesawat KF-21 terbabit akan melakukan kira-kira 2,000 penerbangan ujian sebeleum pesawat generasi 4.5 itu boleh diisytiharkan sebagai sudah boleh beroperasi,” kata pegawai kanan KAI itu kepada media tempatan.

Jurutera-jurutera tempatan Korea Selatan telah terlibat dalam merekabentuk pesawat pejuang itu termasuk radar Active Electronically Scanned Array (AESA), Infrared Search and Tracking System (IRST) electro-optical targeting pod dan electronic warfare suite.

Kira-kira 719 syarikat tempatan terlibat dalam pembangunan pesawat pejuang itu dengan 65 peratus atau 30,000 alat-alat ganti pesawat itu adalah buatan tempatan.

Korea Selatan dilapor membelanjakan kira-kira US$8 bilion (RM32 bilion) untuk membangunkan pesawat pejuang KF-21 “Boramae” dengan 20 peratus daripada kos pembangunan itu disumbang oleh Indonesia.

Di atas sumbangan terhadap kos pembangunan pesawat KF-21 itu, Indonesia bakal memperolehi 50 buah pesawat itu serta pemindahan teknologi.

KAI bertanggungjawab membangunkan pesawat generasi 4.5 itu, yang menurut pemerhati adalah “F-35 versi Asia” kerana rekabentuknya yang hampir menyerupai pesawat generasi kelima keluaran syarikat Lockheed Martin itu.

Sekiranya kesemua ujian penerbangan itu berjalan dengan lancar, maka kontrak pengeluaran pesawat KF-21 itu akan ditandatangani pada tahun 2024 dengan penghantaran kepada Tentera Udara Korea Selatan bermula pada tahun 2026.

KF-21

KAI merancang untuk membekalkan 40 buah KF-21 Block 1 yang direkabentuk untuk misi udara-ke-udara pada tahun 2028, diikuti oleh 80 buah pesawat Block 2 itu untuk misi udara-ke-darat pada tahun 2032.    

KAI yang turut membangunkan pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Fighter Aircraft (FLIT/LCA) T-50/FA-50 sebagaimana yang ditawarkan kepada Malaysia, juga dilaporkan berhasrat untuk mula mengeksport pesawat pejuang KF-21 “Boramae” kepada pelanggan-pelanggan yang berminat pada tahun 2028.

Tahun 2028 adalah tahun yang sama dimana KAI mula membekalkan pesawat KF-21 Block 1 untuk misi udara-ke-udara kepada Tentera Udara Korea Selatan.

Dengan harga per-unit pada US$65 juta (RM260 juta) sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media pertahanan antarabangsa, harga KF-21 (mungkin Block 1) adalah lebih rendah berbanding pesawat-pesawat generasi 4.5 yang lain seperti Rafale dan Eurofighter Typhoon.

KF-21

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Jika Malaysia berminat untuk mendapatkan pesawat KF-21 itu, ia boleh mempertimbangkan varian Block 3 pesawat itu yang dikatakan diubahsuai untuk menjadi pesawat generasi kelima dan halimunan.

Antara ubahsuai besar yang bakal dilaksanakan pada pesawat KF-21 Block 3 adalah menyediakan tempat penyimpanan untuk bom-bom dan peluru berpandu yang dibawanya atau “internal weapon bays” bagi mengurangkan lagi radar-cross section pesawat itu.  — DSA

 

Comments
Loading...