Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Tejas Mk-1A, Peluru Berpandu Brahmos-NG

Dengan berat 1.5 tan, peluru berpandu Brahmos-NG yang memiliki kelajuan 3.5 Mach itu mampu membedil sasaran sejauh 290km dan setiap pesawat Tejas Mk-1A itu mampu membawa sehingga dua buah peluru berpandu “Brahmos-NG”.

0 7,831

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Varian pesawat Tejas Mk-1A yang ditawarkan oleh Hindustan Aeronautics Limited (HAL) kepada Malaysia bagi memenuhi keperluan Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memiliki kemampuan “Maritime Strike Capability” yang menggerunkan musuh.

Ini kerana setiap varian pesawat itu mampu membawa dua buah peluru berpandu anti-kapal “Brahmos-NG (Next Generation)”, versi mini bagi peluru berpandu yang sesuai untuk dibawa oleh pesawat-pesawat pejuang bagi misi maritime strike capability serta ground strike.

Dengan berat 1.5 tan, peluru berpandu Brahmos-NG yang memiliki kelajuan 3.5 Mach itu mampu membedil sasaran sejauh 290km.

Apa yang menarik adalah, setiap pesawat Tejas Mk-1A itu mampu membawa dua buah peluru berpandu “Brahmos-NG”.

Sekiranya kesemua 18 buah pesawat itu dikerah terbang serentak semasa konflik dengan setiap satu pesawat membawa dua buah Brahmos-NG,  maka terdapat 36 buah peluru berpandu “Brahmos-NG” bersedia dilancarkan untuk membedil sasaran maritim.

Tejas
Peluru berpandu Brahmos-NG

 

Keupayaan yang bagus untuk dimiliki sekiranya terjadi konflik di Laut China Selatan.

Menurut page-page pertahanan India yang mendakwa mereka mempunyai maklumat berkenaan tawaran oleh HAL kepada Malaysia menyatakan bahawa negara Asia Tenggara itu bercadang memperoleh 18 buah pesawat FLIT/LCA, dengan 10 buah pesawat di dalam konfigurasi satu tempat duduk manakala lapan dalam konfigurasi dua tempat duduk.

Satu tempat duduk itu adalah pesawat LCA manakala dua tempat duduk pula adalah pesawat FLIT.

Ia juga mendakwa bahawa RM2 bilion daripada RM4 bilion kos keseluruhan perolehan 18 buah pesawat FLIT/LCA itu akan dibayar di dalam bentuk counter-trade iaitu minyak kelapa sawit dan produk-produk sampingannya.

Tejas

Selain itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menghendaki pesawat-pesawat FLIT/LCA yang menyertai tender itu perlu memiliki kemampuan untuk melaksanakan pengisian minyak di udara, kemampuan peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR), 30 peratus komponen tempatan serta MRO dilakukan dalam negara.

Kesemua syarat-syarat itu dipersetujui oleh syarikat HAL.

Menurut page-page pertahanan itu lagi, TUDM mencari pesawat yang boleh memainkan fungsi utamanya sebagai pertahanan udara (air defence) dengan fungsi sampingan untuk melaksanakan “maritime strike capability.”

Varian pesawat Tejas Mk-1A dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA), sistem Infrared Search and Track (IRST), kemampuan BVR, AAR (air-to-air refuelling), peluru berpandu Brahmos serta kelajuan pesawat mencecah 1.8 Mach merupakan pilihan yang tepat kepada TUDM.

Tejas
Pesawat Tejas keluaran HAL

 

Ia ditambah pula dengan harga pesawat yang kompetitif pada US$41.5 juta (RM166 juta) sebuah 

Selain itu, pesawat Tejas juga menggunakan enjin GE F404 yang sama sebagaimana digunakan oleh pesawat pejuang F/A-18D Hornet yang digunakan oleh TUDM.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...