Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Argentina Jadi “Pengubat Kekecewaan” Tejas Selepas Gagal Di Malaysia?

Selepas berbelanja berbilion dollar Amerika dan berdekad membangunkan pesawat pejuang ringan "Tejas" itu, adalah amat mengecewakan bagi industri pertahanan India kerana sehingga kini ia masih gagal menjual pesawat pejuang ringan itu kepada mana-mana negara luar.

0 6,933

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas gagal menjual pesawat pejuang ringan, “Tejas” ke beberapa buah negara termasuk Malaysia, syarikat pembuat pesawat itu. Hindustan Aeronautics Ltd (HAL) kini mensasarkan pula Argentina sebagai pelanggan berpotensinya yang terbaru.

Negara Amerika Selatan itu dilaporkan telah menyatakan minatnya terhadap pesawat Tejas pada tahun lepas.

Terbaru, pegawai-pegawai kanan syarikat HAL bersama-sama duta India ke Argentina Dinesh Bhatia telah mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera India bagi membincangkan tawaran pesawat Tejas kepada negara terbabit.

Tejas
Aksi pesawat “Tejas” pada Singapore Air Show 2022.

 

Selain Tejas, HAL turut menawarkan helikopter dibangunkan oleh mereka kepada Angkatan Tentera Argentina seperti Light Utility Helicopter (LUH Mk1) untuk menggantikan SA-315 LAMA yang digunakan oleh tentera negara itu.

HAL turut menawarkan Advanced Light Helicopter (ALH-DHRUV) dan Light Combat Helicopter (LCH) kepada tentera Argentina.

Turut sama dalam pertemuan itu adakah Panglima Tentera Udara Argentina Brig Jen Xavier Isaacs yang berbincang dengan pegawai-pegawai kanan HAL tentang kemungkinan perolehan pesawat Tejas Mk1 kedalam tentera udara negara itu.

Tentera Udara Argentina sememangnya diketahui sedang mencari pesawat pejuang ringan berkelajuan supersonik dengan beberapa negara telah pun tampil menawarkan pesawat-pesawat pejuang ringan mereka kepada negara Amerika Selatan itu.

Antara negara yang sedang kuat melobi Argentina adalah China dan Amerika Syarikat yang masing-masing menawarkan pesawat pejuang JF-17 Block 3 yang dilengkapi dengan radar AESA dan F-16A/B.

JF-17
Pesawat JF-17 Pakistan pada latihan Anatolian Eagle 2021 di Turki.

 

Washington dikatakan menawarkan 32 buah pesawat F-16 terpakai milik Denmark kepada Argentina sebagai usaha memastikan Buenos Aires tidak memilih pesawat pejuang China.

Negara kuasa besar itu bimbang China akan meluaskan pengaruhnya di Amerika Selatan sekiranya ia berjaya memperolehi kontrak Argentina itu.

Bagaimanapun laporan baru-baru menyatakan bahawa kerajaan Denmark telah menyatakan kesediaanya untuk melepaskan pesawat-pesawat F-16 itu kepada Ukraine, sebagai sebahagian daripada usahanya membantu Kiev menentang pencerobohan Russia.

Tindakan Denmark itu dijangka bakal meningkatkan peluang Tejas dan JF-17 Block 3 untuk memikat hati Argentina dalam memilih pesawat mereka.

Walauapapun, Argentina memberikan India, Tejas dan HAL “peluang terbarunya” untuk mencari negara eksport pertama bagi pesawat pejuang ringan kebanggaan industri pertahanan India.

FA-50
Pesawat FA-50

 

Selepas berbelanja berbilion dollar Amerika dan berdekad membangunkan pesawat pejuang ringan “Tejas” itu, adalah amat mengecewakan bagi industri pertahanan India kerana sehingga kini ia masih gagal menjual pesawat pejuang ringan itu kepada mana-mana negara luar.

Adakah Argentina akan menjadi “pengubat” kekecewaan India dan HAL selepas kegagalan di Malaysia?

Pada LIMA ’23 yang baru sahaja berakhir baru-baru ini, Malaysia telah menandatangani kontrak dengan Korea Aerospace Industries (KAI) untuk memperolehi sebanyak 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 bernilai kira-kira RM4 bilion.

Malaysia akan mula menerima pesawat pejuang itu pada Oktober 2026. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...