Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Saintis China Dakwa Radar Barunya Boleh Kesan Peluru Berpandu Sejauh 4,500KM

Kapal-kapal perang yang dilengkapi dengan sistem radar berkuasa tinggi itu akan memberikan kelebihan ketenteraan kepada China apabila berhadapan dengan Amerika Syarikat di Laut China Selatan dan di perairan Indo-Pasifik keseluruhannya.

0 3,162

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Saintins-saintis China telah mendedahkan bahawa mereka telah berjaya membangunkan sistem radar di kapal perang yang berkemampuan mengesan peluru berpandu daripada ribuan kilometer jauhnya.

Kapal-kapal perang yang dilengkapi dengan sistem radar berkuasa tinggi itu akan memberikan kelebihan ketenteraan kepada China apabila berhadapan dengan Amerika Syarikat di Laut China Selatan dan di perairan Indo-Pasifik keseluruhannya.

“Kapal perang China yang dilengkapi dengan sistem radar terbaru ini akan mampu mengesan peluru berpandu balistik daripada sejauh 4,500km, jarak di antara China dengan bahagian utara Australia,” menurut saintis China yang terlibat dengan pembangunan sistem radar yang baru itu.

China
Kapal destroyer, Type 055 Tentera Laut China

 

Radar berkuasa tinggi itu juga berkemampuan mengesan pelbagai sasaran lain daripada kedudukan sejauh 3,500km atau pada jarak di antara China dengan pulau Guam yang merupakan pangkalan tentera utama Amerika Syarikat di Indo-Pasifik.

Kenyataan tentang kejayaan saintis-saintis China itu terkandung di dalam jurnal saintif berbahasa Cina dipanggil “Electric Machine and Control” dan dipetik oleh media-media tempatan termasuk, South China Morning Post (SCMP).

Kumpulan saintis dan jurutera daripada Harbin University of Science and Technology diketuai oleh Prof Sun Donyang berkata radar baru itu amat sesuai untuk dipasang pada kapal-kapal perang, dengan radar pertama sedang dibina.

Radar berkuasa tinggi baru itu akan memberikan kelebihan yang besar kepada tentera China, menurut beliau.

Pada ketika ini, radar-radar yang dibina pada kapal-kapal perang hanya mempunyai kemampuan pengesanan sejauh ratusan kilometer, terbatas dengan kuasa yang diperlukan untuk mencapai jarak pengesanan yang lebih jauh.

Eglin
Radar paling berkuasa di dunia, AN/FPS-85 yang kini beroperasi di Pangkalan Udara Eglin,Florida.

 

Bagaimanapun kumpulan saintis dan jurutera China itu mendakwa mereka berjaya menyelesaikan masalah itu,menjadikan radar itu amat bersesuaian untuk dipasang pada kapal-kapal perang baru yang menggunakan sistem electric propulsion.

Seorang saintis radar berpengkalan di Beijing sebagaimana dipetik sebagai berkata oleh SCMP, China menerima tekanan yang amat hebat untuk membangunkan sistem radar yang lebih baik untuk kapal-kapal perangnya berikutan aktiviti ketenteraan Amerika Syarikat di Asia.

“Lagi berkuasa radar kita, adalah lebih baik kepada pihak tentera China untuk menundukkan Amerika Syarikat di Laut China Selatan,” kata beliau. 

Pada ketika ini, sistem radar paling berkuasa di dunia dimiliki oleh Amerika Syarikat iaitu AN/FPS-85 yang dioperasikan oleh US Space Force dan ditempatkan di Pangkalan Udara Eglin di Florida.

Radar AN/FPS-85 adalah radar phased array yang berkemampuan mengesan sasaran sejauh 3,000km. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...