The news is by your side.

[VIDEO] Kenderaan “HMAV4x4” Keluaran MILDEF Boleh Pikul Pelbagai Peranan

6

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kenderaan “High Mobility Armoured Vehicle” (HMAV 4×4) keluaran syarikat tempatan, MILDEF International Technologies Sdn Bhd boleh memainkan pelbagai peranan (varian) mengikut apa yang dikehendaki oleh pelanggannya.

Peranan atau fungsi kenderaan tempur keluaran tempatan itu bergantung kepada kehendak pelanggannya, sama ada ia mahu dijadikan Armoured Personnel Carrier (APC),  Armoured Fighting Vehicle (AFV), Scout atau Armoured Vehicle dan lain-lain lagi.

“Platform adalah sama tetapi ia (HMAV4x4) boleh disesuaikan kepada beberapa varian, bergantung kepada apa yang dikehendaki oleh pelanggan,” kata sumber kepada Defence Security Asia.

Maknanya, sekira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mahu kenderaan HMAV4x4 itu berfungsi sebagai APC, maka pengubahsuaian yang minimal boleh dilakukan terhadap kenderaan itu. Ia sama seperti dengan kenderaan Gempita yang memiliki beberapa varian daripada yang dilengkapi dengan meriam 25mm kepada 30mm serta peluru berpandu anti kereta kebal “Ingwe”, ambulan, surveillance dan lain-lain lagi.

MILDEF

Pada pelancarannya beberapa minggu lepas, kenderaan HMAV4x4 yang dipertontonkan dilengkapkan dengan Remote Control Weapon Station (RCWS) mesingan berat 12.7mm.

Bergantung kepada kehendak pelanggan sama ada ATM atau pelanggan lain, HMAV4x4 boleh dilengkapkan dengan pelbagai senjata sama ada mesingan berat, peluru berpandu anti kereta kebal, peluru berpandu pertahanan udara, mortar, sistem komunikasi dan pelbagai lagi.

“Semua sub-systems adalah plug and play,” kata sumber itu berkata, kenderaan itu mudah untuk di “custom-made” untuk memenuhi keperluan dan spesifikasi pelanggan.

Pada ketika ini, kenderaan HMAV4x4 itu turut telah menarik perhatian beberapa pelanggan luar.

Sumber itu berkata, kenderaan HMAV4x4 itu sepatutnya diperkenalkan pada tahun lepas sempena dengan pameran pertahanan Defence Services Asia, tetapi gejala pandemik COVID-19 telah menyebabkan penangguhan pameran pertahanan itu.

Dan apabila ia diperkenalkan kepada seluruh negara baru-baru ini, HMAV4x4 mendapat reaksi yang positif daripada pelbagai pihak.

MILDEF berharap kenderaan HMAV4x4 ini dapat menjadi pengganti kepada kenderaan APC “Radpanzer Condor” yang digunakan oleh tentera darat Malaysia.

“Kami sasarkan untuk penggantian Radpanzer Condor sekitar 300 unit pelbagai varian,” katanya sambil menambah,  HMAV4x4 juga disasarkan untuk digunakan oleh anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan.

Syarikat dikatakan mensasarkan kira-kira 20 buah HMAV4x4 untuk digunakan oleh anggota UN di Lubnan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Leave A Reply

Your email address will not be published.