Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tanpa Disedari Dunia, China Bina Penempatan Penduduknya Di Dalam Wilayah Bhutan

Sebenarnya, kerajaan China telah membina ratusan kampung di TAR tetapi “Gyalaphug” ini berbeza kerana ia bukan terletak di dalam wilayah TAR yang dikuasai oleh China tetapi ia terletak di dalam negara Bhutan.

0 1,061

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 2015, kerajaan China telah mengumumkan bahawa ia telah mewujudkan sebuah kampung dinamakan “Gyalaphug” (Bahasa Tibet) atau “Jieluobu” (Bahasa Cina) yang terletak selatan daripada Tibetan Autonomous Region (TAR).

Sebenarnya, kerajaan China telah membina ratusan kampung di TAR tetapi “Gyalaphug” ini berbeza kerana ia bukan terletak di dalam wilayah TAR yang dikuasai oleh China tetapi ia terletak di dalam negara Bhutan.

Mengapa boleh jadi begitu?

Ini kerana “Gyalaphug” itu terletak di dalam kawasan seluas 232 batu persegi wilayah Bhutan (diakui oleh masyarakat antarabangsa terletak daerah Lhuntse yang terletak di utara Bhutan) tetapi didakwa oleh Beijing sejak 1980-an sebagai miliknya.

Dan tindakan China membina “Gyalaphug” di dalam wilayah yang diperakui sebagai milik Bhutan itu tidak disedari oleh masyarakat antarabangsa sehinggalah kini.

Beijing mungkin berpendapat Bhutan tidak akan berbuat apa-apa kerana ia adalah sebuah negara yang amat kecil di Pergunungan Himalaya dan amat bergantung kepada China untuk survival-nya.

Gyalaphug

Di dalam “Gyalaphug” itu, China bukan sahaja menempatkan penduduk (dipanggil settlers atau peneroka) tetapi ia juga ia juga membina infrastruktur ketenteraan, penempatan bagi anggota tentera dan polis dan lain-lain.

Ia bukanlah kampung sepertimana kampung-kampung tradisi Bhutan yang lain.

Tetapi ia sebenarnya adalah usaha berterusan kerajaan China di bawah Presiden Xi Jingping untuk memperkukuhkan sempadan Tibet, sekaligus menguatkan lagi posisinya dalam pertikaian berpanjangan Beijing dengan India serta negara-negara jirannya yang lain sepanjang Pergunungan Himalaya.

Menurut majalah The Foreign Policy, China tidak memerlukan lebih banyak tanah kerana negara itu sebagaimana yang kita tahu adalah salah sebuah negara yang paling besar dunia.

Jadi apa yang dimahukan oleh Beijing menerusi pembinaan kampung “Gyalaphug” di dalam wilayah yang diperakui oleh masyarakat antarabangsa sebagai milik Bhutan?

Daripada satu segi, tindakan Beijing itu secara terang-terangan merupakan pencerobohan terhadap kedaulatan wilayah Bhutan tetapi meneruskan projek pembinaan “Gyalaphug” kerana ia adalah tindakan strategik.

Mengapa ia adalah tindakan strategik oleh China?

Gyalaphug
Presiden China, Xi Jinping

 

Matlamat utama pembangunan “Gyalaphug” adalah untuk memaksa kerajaan Bhutan untuk “menyerahkan” wilayah yang dimahukan Beijing di tempat-tempat lain bagi mengukuhkan lagi kelebihan yang dimilikinya dalam pertikaian dengan India.

“Gyalaphug” merupakan satu daripada tiga kampung yang dibina Beijing dalam wilayah Bhutan untuk tujuan kepentingan strategiknya menurut majalah The Foreign Policy itu.

Menurut majalah antarabangsa itu lagi, antara infrastruktur ketenteraan penting yang dibina di ketiga-tiga buah kampung itu adalah kemudahan Menara Komunikasi, satellite receiving centre dan kemudahan tentera yang lain.

Sebenarnya apa yang berlaku di Bhutan menerusi pembinaan kampung “Gyalaphug” dan dua kampung yang lain di dalam wilayah Bhutan adalah sama seperti apa yang dilakukan oleh pihak tentera negara itu dalam pertikaian di Laut China Selatan.

Di Laut China Selatan, Beijing menambak secara besar-besaran terumbu karang di perairan strategik itu dan menjadikannya pulau-pulau buatan manusia serta pangkalan-pangkalan hadapan bagi tenteranya.

Beijing juga mendakwa sebahagian besar perairan Laut China Selatan itu sebagai miliknya atas dasar sejarah, walaupun perairan itu terletak ribuan batu nautika daripada Tanah Besar China.

Minta Maaf tetapi faktor sejarah itu tidak diambil kira oleh undang-undang antarabangsa dalam menentukan pemilikan wilayah.

Apa yang China mahukan di Laut China Selatan?

Ia mahu berkongsi hak untuk mengekspoitasi sumber asli di laut itu sebagai syarat utama untuk menyelesaikan isu pertikaian Laut China Selatan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...