Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Selam Amerika Bakal Beroperasi Dari Pangkalan Sulit Norway, 300 Batu Dari Russia

(DEFENCE SECURITY ASIA)  -- Bagi menangani peningkatan aktiviti kapal selam Russia berhampiran dengan perairannya, Norway telah menandatangani perjanjian pertahanan dengan Amerika Syarikat termasuk penggunaan pangkalan kapal selam rahsia.

0 1,033

(DEFENCE SECURITY ASIA)  — Bagi menangani peningkatan aktiviti kapal selam Russia berhampiran dengan perairannya, Norway telah menandatangani perjanjian pertahanan dengan Amerika Syarikat termasuk penggunaan pangkalan kapal selam rahsia.

Perjanjian tersebut dijangka akan membuka semula bekas pangkalan kapal selam milik Tentera Laut Amerika Syarikat di Olavsvern, Tromso kepada kapal-kapal selam Amerika Syarikat termasuk kapal selam terbarunya, USS Seawolf (SSN-21)

Malah kapal selam USS Seawolf telah melakukan port visit ke Norway pada tahun lepas.

Pangkalan laut Olavsvern itu yang kini dibawah penjagaan pihak swasta selepas Tentera Laut Norway menamatkan perkhidmatannya pada 2002 bakal dibuka semula untuk kegunaan tentera berikutan ketegangan dengan Russia.

Russia telah meningkatkan aktiviti kapal perang, kapal selam dan pesawat-pesawatnya di Laut Barents dan Artik selaras dengan peningkatan perselisihan fahamnya dengan Amerika Syarikat dan negara-negara anggota NATO.

Olavsvern

Ia semakin kerap menghantar kapal-kapal selamnya dalam misi berhampiran dengan perairan Norway dan Atlantik Utara, menyebabkan Amerika Syarikat turut sama berbuat demikian.

Disebabkan perkara itulah,  Norway dikatakan bersetuju untuk menandatangani perjanjian pertahanan dengan Amerika Syarikat yang memberi kebenaran kepada Washington untuk menggunakan pangkalan kapal selam Olavsvern.

Mengapa pangkalan kapal laut Olavsvern seluas 270,000 kaki persegi,  kerana ia mempunyai kemudahan kapal selam yang terletak di bawah bukit yang menyukarkan sebarang usaha oleh pihak musuh untuk mengintip.

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain termasuk berek untuk anggota tentera.

Olavsvern

Namun apa yang lebih menarik perhatian Amerika Syarikat terhadap pangkalan kapal selam yang dibina pada tahun 1964 ketika ketegangan blok Barat dengan Blok Komunis diketuai Soviet Union adalah kerana jaraknya dengan Russia.

Pangkalan Laut Olavsvern di Tromso, Norway itu hanya terletak kira-kira 300 batu daripada sempadan Russia.

Disebabkan perkara itulah dan kemudahan kapal selam yang dibawa sebuah bukit itulah, Pangkalan Laut Olavsvern menjadi idaman kepada tentera Amerika Syarikat terutamanya kapal selam berkuasa nuklearnya.

Untuk pengetahuan semua, Pangkalan Laut Olavsvern itu dibina dengan kos US$500 juta pada 1960-an tetapi dijual kepada pihak swasta pada harga US$17 juta pada 2009 kepada Olavsvern Group, sebuah syarikat swasta di Norway.

Olavsvern

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...