Mengejutkan!!Tahanan Israel Ditembak Mati Tentera Sendiri Walau Kibar Bendera Putih, Jerit “Tolong”
Insiden anggota tentera Israel menembak mati ketiga-tiga rakyat mereka sendiri itu telah mengejutkan rakyat negara Yahudi itu sehingga mendorong mereka untuk mendesak kerajaan Tel Aviv pimpinan Benjamin Netanyahu supaya mengadakan semula rundingan dengan kumpulan Palestin untuk membebaskan rakyatnya yang masih ditahan di Gaza.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam insiden yang mengejutkan rakyat negara Israel, tiga rakyat negara itu yang berjaya melarikan diri daripada tahanan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza telah ditembak mati oleh anggota tentera negara itu walaupun mereka mengibarkan bendera putih dan menjerit “Tolong” di dalam bahasa Hebrew ke arah tentera Yahudi.
Panel siasatan tentera Israel yang mendedahkan perkara itu berkata, anggota tentera mereka yang melepaskan tembakan sehingga membunuh ketiga-tiga tahanan rakyat Israel itu telah melanggar peraturan pertempuran (rules of engagement).
“Ketiga-tiga tahanan rakyat Israel itu telah ditembak mati secara tidak sengaja oleh anggota tentera Israel walaupun mereka (tahanan) menjerit “Tolong” di dalam bahasa Hebrew ketika mengibarkan bendera putih ke arah anggota tentera,” menurut pendedahan panel siasatan tentera Israel kepada media tempatan.
Insiden anggota tentera Israel menembak mati ketiga-tiga rakyat mereka sendiri itu telah mengejutkan rakyat negara Yahudi itu sehingga mendorong mereka untuk mendesak kerajaan Tel Aviv pimpinan Benjamin Netanyahu supaya mengadakan semula rundingan dengan kumpulan Palestin untuk membebaskan rakyatnya yang masih ditahan di Gaza.
Menurut panel siasatan tentera Israel itu lagi, ketiga-tiga tahanan warga Israel berdiri berhampiran bangunan yang tertulis “Help” dan “SOS” menggunakan semburan cat di dinding luaran bangunan itu.
“Melihatkan ketiga-tiga tahanan rakyat Israel itu, anggota tentera Yahudi tanpa berlengah telah melepaskan tembakan terhadap mereka kerana mempercayai bangunan itu telah dipasang dengan bahan letupan.”
“Tentera Israel menyangka ketiga-tiga tebusan dan bangunan itu adalah perangkap oleh pejuang-pejuang Palestin,” menurut panel siasatan itu, yang menambah ketiga-tiga mereka tidak memakai baju ketika kejadian.
Dua daripada tahanan warga Israel itu telah ditembak mati dengan serta merta oleh tentera negara itu, manakala seorang daripada tahanan itu telah kembali memasuki semula bangunan itu selepas mengalami kecederaan parah akibat tembakan pertama.
“Beberapa minit kemudian,tahanan ketiga rakyat Israel yang cedera parah itu keluar semula daripada dalam bangunan itu dan ditembak mati serta-merta oleh tentera mereka sendiri,” kata panel itu.
Ketiga-tiga tahanan rakyat Israel yang ditembak mati oleh tentera negara itu sendiri dikenalpasti sebagai Yotam Chaim, Samer Talalka dan Alon Shamriz.
Mereka telah ditangkap oleh pejuang Palestin pada 7 Oktober lalu daripada kawasan penduduk haram Yahudi selepas ratusan anggota bersenjata Palestin menembusi sempadan antara Gaza dan Israel, sebelum dibawa lari dan disembunyikan di Gaza.
Pihak tentera Israel telah menyatakan simpati mereka terhadap insiden itu. — DSA
DEFENCE SECURITY ASIA APPS
To advertise contact: [email protected]