Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Singapura Laksana Mid-Life Upgrade (MLU) Terhadap Enam Kapal Friget Kelas-Formidable

Kapal-kapal friget kelas-Formidable Tentera Laut Singapura terbabit akan dinaiktaraf secara progresif, dengan kapal pertama dijangka siap menjalani kerja-kerja naiktaraf Mid-Life Upgrade (MLU) siap sepenuhnya pada tahun 2028 diikuti lima kapal yang lain.

0 1,474

(DEFENCE SECURITY ASIA) – ST Engineering Marine Ltd mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan kontrak oleh Kementerian Pertahanan republic itu untuk melaksanakan Mid-Life Upgrade (MLU) terhadap enam buah kapal friget kelas-Formidable milik Tentera Laut Singapura.

ST Marine Engineering Ltd merupakan anak syarikat kepada ST Engineering.

“ST Engineering akan melaksanakan rekabentuk dan kejuruteraan terhadap aspek marin serta sistem elektrikal kapal-kapal friget terbabit termasuk Ship Management System dan Power Generation System.”

“Kapal-kapal friget terbabit akan dinaiktaraf secara progresif, dengan kapal pertama dijangka siap menjalani kerja-kerja naiktaraf sepenuhnya pada tahun 2028,” menurut kenyataan.

Menurut Presiden Marin, ST Engineering Tan Leong Peng, kontrak daripada Kementerian Pertahanan Singapura itu adalah bukti kepada kepakaran tentera lautnya, menunjukkan kemampuan syarikat itu dalam melanjutkan tempoh operasi kapal friget kelas-Formidable.

Formidable
Kapal-kapal friget kelas Formidable Tentera Laut Singapura.

 

Ia berkata, kerja-kerja menaiktaraf itu adalah penting dalam memastikan keberkesanan kapal-kapal friget terbabit, sekaligus meningkatkan pertahanan dan keselamatan Singapura.

“Kami komited dalam menyokong Kementerian Pertahanan Singapura dalam memastikan keberkesanannya dalam melaksanakan misi-misi yang penting,” kata beliau,

Kapal-kapal friget kelas-Formidable mula mentauliahkan kapal-kapal friget kelas-Formidable pada tahun 2008-2009.

Diinspirasikan daripada kapal friget kelas “La Fayette”, Singapura menganugerahkan syarikat DCN (kini Naval Group) daripada Perancis untuk membina enam buah kapal friget kelas-Formidable bermula daripada kapal lead-ship iaitu RSS Formidable yang dibina di Perancis.

Kapal pertama RSS Formidable telah dibina di Perancis manakala lima lagi buah kapal seterusnya dibina di Singapura dibawa program pemindahan teknologi dengan ST Marine.

Kapal pertama RSS Formidable, RSS  Intrepid, RSS Steadfast dan RSS Tenacious telah ditauliahkan pada 2008 manakala dua kapal terakhir RSS Stalwart dan RSS Tenacious telah ditauliahkan pada 2009.

Formidable

Ia adalah kapal kelas-friget yang direkabentuk sebagai “halimunan” dengan radar cross section yang rendah serta signatur akustik, infra red dan elektro magnetik yang amat rendah.

Kapal friget kelas-Formidable sememangnya bersesuaian dengan namanya itu memiliki panjang 114 meter dan berat 3,200 tan bagi membolehkan ia membawa pelbagai sistem dan peralatan persenjataan bagi ia memelihara kepentingan maritim Singapura.

Ia dilengkapi dengan sistem komunikasi dan elektronik yang canggih yang kebanyakannya dibekalkan sendiri oleh syarikat-syarikat tempatan, Defence Science and Technology Agency (DSTA) dan Singapore Technologies Electronics.

Bagi sistem radarnya pula, ia menggunakan radar pelbagai guna “Herakles” yang dibekalkan oleh syarikat Thales manakala bagi radar search and navigation pula ia menggunakan “Terma Scanter 2001.”

Bagi sistem persenjataannya pula, keenam-enam buah kapal perang moden itu dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” yang membawa kepala peledak seberat 227 kg dan berkemampuan membedil sasaran sejauh 130km.

Di bawah program MLU ini, terdapat spekulasi bahawa Singapura akan melengkapkan kapalnya itu dengan peluru berpandu anti-kapal “Blue Spear” yang dibangunkan secara bersama antara syarikat Singapura, ST Engineering dan syarikat Israel, IAI tetapi dipasarkan oleh syarikat bersama,  Proteus Advanced System.

Formidable
Singapura dijangka akan menggantikan peluru berpandu “Harpoon” pada kapal friget kelas-Formidable kepada peluru berpandu “Blue Spear.”

 

Selain itu,untuk pertahanan dirinya daripada serangan udara pula, ia membawa 32 peluru berpandu “Aster 15” yang boleh mempertahankan kapal itu daripada serangan peluru berpandu sejauh 15 km manakala bagi ancaman udara lain seperti pesawat atau dron pula,jarak effektifnya adalah sejauh 30km.

Bagi meriam pula, kapal-kapal kelas “Formidable” membawa meriam 76mm yang mampu menembak sebanyak ke sasaran sejauh 16km.

Setiap sebuah kapal friget “Formidable” itu juga dilengkapi dengan helikopter Sikorsky S-70. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

 

Comments
Loading...