Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

🎬Iran Dedah Rakaman Dron Miliknya, Cubaan “Halau” Kapal Perang Amerika Dari Teluk Parsi

(VIDEO) Rakaman oleh dron yang dikeluarkan oleh Tentera Laut Iran menunjukkan pesawat-pesawat pejuang Amerika berlepas dan mendarat di kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear itu, sambil diperhatikan oleh bot-bot serang laju milik negara Parsi itu yang  berada tidak jauh daripada kapal-kapal perang Amerika Syarikat itu.

0 9,231

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Iran telah mendedahkan rakaman diambil oleh dron-dron miliknya tentang pergerakan kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear Amerika Syarikat, USS Dwight D-Eisenhower dan kapal-kapal perang negara itu yang lain di Teluk Parsi.

Tentera Laut Iran mendakwa rakaman oleh dron-dron miliknya itu menunjukkan Teheran berusaha untuk “menghalau” dan menghalang kapal-kapal perang Amerika Syarikat daripada beroperasi di Teluk Parsi.

Rakaman oleh dron yang dikeluarkan oleh Tentera Laut Iran menunjukkan pesawat-pesawat pejuang Amerika berlepas dan mendarat di kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear itu, sambil diperhatikan oleh bot-bot serang laju milik negara Parsi itu yang  berada tidak jauh daripada kapal-kapal perang Amerika Syarikat itu.

Menurut agensi berita rasmi Iran, IRNA, Komander Tentera Laut Iran Shahram Irani pihak akan “menghalau” kapal-kapal perang Amerika Syarikat daripada beroperasi di rantau ini kerana kehadiran mereka adalah untuk “mengapi-apikan” keadaan.

“Semua orang berkata bahawa kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat berada di rantau ini (Timur Tengah) untuk mengubah imbangan, bagaimanapun, sebab utama mereka berada di sini adalah untuk menghasut dan memenuhi keperluan mereka.”

“Tidak lama lagi kami akan menghalau mereka (kapal perang Amerika) daripada rantau ini,” kata beliau baru-baru ini.

Pihak pentadbiran Presiden Jo Biden telah mengerah dua buah kapal pengangkut pesawat USS Gerald R.Ford dan USS Dwight D.Eisenhower ke Timur Tengah dengan objektif sebagaimana dinyatakan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken, untuk memastikan konflik antara Hamas dan Israel tidak merebak ke seluruh rantau Timur Tengah.

Mengerahkan dua buah kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear ke satu-satu kawasan operasi pada masa yang sama adalah tindakan yang jarang-jarang dilakukan oleh Amerika Syarikat pada waktu aman.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dilaporkan telah mengarahkan kapal pengangkut pesawat USS Gerald R.Ford dan sebuah lagi kapal perang, USS Normandy untuk melanjutkan tempoh operasi mereka di Laut Mediterranean selama beberapa minggu lagi.

Tindakan itu adalah mengekalkan kehadiran dua buah kapal pengangkut pesawat berhampiran dengan Israel selagi peperangan dengan Hamas terus berlaku, menurut pegawai-pegawai tentera Amerika Syarikat.

Iran
Bot serang laju Iran
Eisenhower
USS Dwight D.Eisenhower

 

Ia adalah kali ketiga kerahan USS Gerald R.Ford itu dilanjutkan, membuktikan kebimbangan Amerika Syarikat terhadap pergolakan di rantau itu berikutan konflik bersenjata yang berlaku di antara Israel dan Palestin di Semenanjung Gaza.

Pada ketika ini, terdapat 19 buah kapal perang Amerika Syarikat di rantau Timur Tengah termasuk tujuh di timur Mediterranean dan 12 buah kapal perang lain di Laut Arab, Laut Merah dan di Teluk Parsi.

Pada ketika ini, kapal pengangkut pesawat USS Dwight D.Eisenhower sedang beroperasi di Teluk Oman bersama-sama  kapal kruiser, USS Philippine Sea.

Tiga buah kapal perang destroyer yang lain, USS Carney, USS Stethem USS Mason beroperasi berhampiran Bab el-Mandeb setiap hari bagi menangani dan mencegah serangan kumpulan Houthi terhadap kapal-kapal komersial. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

 

Comments
Loading...