Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Bawa Balik Kereta Kebal T-90A Russia Untuk “Kajian”

Dengan membawa balik kereta kebal T-90A yang "ditawan" itu ke Amerika Syarikat, Washington mahu ingin melihat dengan lebih dekat kereta kebal itu dan mencari titik kelemahannya untuk dieksploitasi oleh anggota tentera sekutunya dalam konflik di Ukraine atau mana-mana konflik akan datang.

0 6,921

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Amerika Syarikat dipercayai telah membawa balik sebuah kereta kebal T-90A milik Russia yang berjaya ditawan oleh tentera Ukraine di medan peperangan negara itu pada tahun lepas.

Tentera Ukraine kemudiannya telah bertindak menyerahkannya kepada tentera Amerika Syarikat yang membawa balik “harta peperangan” (war bounty) itu untuk dilakukan kajian dengan lebih terperinci.

Hari ini, telah tersebar beberapa keping gambar menunjukkan kereta kebal T-90A Russia yang ditawan oleh tentera Ukraine itu berada di atas sebuah trailer di Louisiana.

T-90A

Dengan membawa balik kereta kebal T-90A yang “ditawan” itu ke Amerika Syarikat, Washington mahu ingin melihat dengan lebih dekat kereta kebal itu dan mencari titik kelemahannya untuk dieksploitasi oleh anggota tentera sekutunya dalam konflik di Ukraine atau mana-mana konflik akan datang.

Kereta kebal milik T-90A Russia itu dipercayai ditawan pada 25 September 2022 oleh Briged Mekanis ke-92 Tentera Ukraine selepas satu pertempuran sengit di perkampungan Kurylivka di wilayah Kharkiv.

Kereta kebal T-90A adalah milik Briged Kereta Kebal ke-27 Tentera Russia.

Varian kereta kebal T-90A dipercayai adalah versi asas kepada varian terkini T-90M.  

Pada Februari lepas, terdapat juga laporan yang mendakwa sebuah kereta kebal T-90 dilihat diangkut oleh trailer di Oshkosh,Amerika Syarikat juga berkemungkinan untuk dijalankan kajian oleh  pihak tentera negara itu.

Beberapa pihak mengatakan bahawa kereta kebal yang dilihat atas trailer di Louisiana itu merupakan T-72 dan bukan T-90A.

T-90A

Perbezaan ketara di antara kereta kebal T-72 dan T-90A sistem perlindungan aktif elektro-optik “Shtora-1.”

Kereta kebal T-72 yang telah berusia tidak dilengkapi dengan sistem perlindungan aktif elektro-optik “Shtora-1” itu berbanding dengan kereta kebal T-90A yang lebih moden.

Kereta kebal T-90A juga dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa 1,000 kuasa kuda, namun bagi varian T-90M ia dilengkapi dengan enjin 12 kuasa kuda yang lebih berkuasa iaitu 1130 kuasa kuda.

Kedua-dua kereta kebal T-90A dan T-90M menggunakan meriam smoothbore 2A46M 125mm, namun T-90M menggunakan model meriam terkini yang membolehkan ia melancarkan peluru yang lebih berkuasa.

T-90M mampu melancarkan peluru berpandu yang boleh memusnahkan sasaran sejauh 5km.

Sebelum ini, terdapat juga laporan mengatakan tentera Ukraine telah berjaya merampas sebuah helikopter penyerang “KA-52” yang lengkap tanpa sebarang kerosakan, apabila ia berjaya merampas lapangan terbang Hostomel yang sebelum itu diduduki oleh tentera Russia.

T-90A

Amerika Syarikat sememangnya memandang tinggi akan keupayaan helikopter penyerang KA-52 itu daripada dahulu dan peluang untuk mengkajinya dengan lebih dekat sememangnya adalah peluang yang amat dinantikannya.

Menurut laporan, kemungkinan besar helikopter penyerang KA-52 itu telah dihantar ke Poland atau Republik Czech bagi membolehkan pakar-pakar pesenjataan Amerika Syarikat mengkaji segala sistem milik helikopter itu yang dipandang tinggi oleh mereka.

Selepas segala kajian selesai dijalankan, helikopter penyerang itu telah dikembalikan kepada Ukraine bagi membolehkan tentera negara Eropah Timur itu menggunakannya untuk menentang “bekas tuannya” iaitu Russia. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...