Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Syarikat-syarikat China Dikesan Membeli Tanah-Tanah Berhampiran Pangkalan Tentera Amerika, Jepun

Ia berdasarkan kepada kenyataan pegawai-pegawai kanan Vietnam kepada media negara itu pada ketika itu.

0 1,890

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tahun lepas, admin pernah menulis tentang kebimbangan kerajaan Vietnam berkenaan kerakusan syarikat-syarikat daripada China dan “asing” membeli tanah-tanah berhampiran pangkalan tentera negara itu.

Ia berdasarkan kepada kenyataan pegawai-pegawai kanan Vietnam kepada media negara itu pada ketika itu.

Dan kini, terdapat juga laporan oleh akhbar Jepun “Sankei Shimbun” yang menyatakan perkara yang sama berlaku iaitu pelabur-pelabur China membeli banyak tanah-tanah yang terletak berhampiran dengan pangkalan laut, udara dan darat Jepun serta Amerika Syarikat.

Menurut akhbar itu yang memetik sumber hartanah di Okinawa, modal-modal China dan negara asing lain telah digunakan untuk membeli tanah-tanah berhampiran pangkalan tentera Jepun dan Amerika Syarikat di seluruh negara Matahari Terbit itu.

Ia juga berkata terdapat kemungkinan pembeli-pembeli asing menggunakan “dummy companies” untuk melindungi identiti sebenar mereka.

Kadena
Pangkalan Tentera Amerika Syarikat di Jepun.

 

Ia berkata sebuah syarikat Singapura telah melancarkan lama web penjualan tanah berhampiran Pangkalan Udara Kadena di Okinawa,  yang merupakan pangkalan udara utama bagi tentera udara Amerika Syarikat di Jepun.

Sejak daripada itu, lebih banyak laman-laman web memaparkan penjualan tanah berhampiran pangkalan tentera diiklankan di Okinawa.

Menurut Kementerian Pertahanan Jepun, kira-kira satu per-tiga keluasan tanah pangkalan-pangkalan tentera Amerika Syarikat di Okinawa itu dimiliki oleh 39,000 individu, dengan 231 daripada terdiri daripada warga asing.

Bekas pengarah di Pejabat Hal Ehwal Jepun di Washington Kevin Maher pernah memberi amaran di dalam bukunya bertajuk “The Japan That Can’t Decide” menulis bahawa Kementerian Perdagangan China merupakan pihak yang bertanggungjawab membeli tanah-tanah berhampiran pangkalan tentera Okinawa dengan menggunakan entiti –entiti swasta.

Pada Mei tahun lepas, kerajaan Vietnam turut menyatakan kebimbangan terhadap taktik oleh pelabur China dalam membeli tanah-tanah bernilai tinggi di negara itu yang bukan sahaja menjejaskan pembangunan ekonomi tempatan tetapi juga keselamatan nasional.

Okinawa

Laporan portal Vnexpress menyebut antara 2011 hingga 2015 rakyat China dan entiti perniagaannya telah membeli 135 bidang tanah di Da Nang, sebuah bandar pesisir pantai.

Tanah-tanah yang dibeli ini termasuklah di kawasan sekitar sebuah Pengkalan Udara yang dahulu digunakan sebagai pengkalan tentera Amerika semasa Perang Vietnam.

Pihak berkuasa Vietnam juga bimbang penggunaan “front company” diketuai oleh penduduk tempatan tetapi sebenarnya didalangi orang warga China untuk membeli tanah-tanah strategik di Vietnam.

Selepas di siasat, warga tempatan terbabit langsung tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membeli tanah.

Siasatan juga menunjukkan ada dikalangan warga tempatan yang dikatakan “pelabur kaya-raya” tetapi sebenarnya langsung “tidak berduit”  tetapi memiliki sehingga 10 hingga 12 plot tanah bernilai tinggi.

Sehingga akhir tahun lepas, 149 syarikat dengan pelabur China dikesan beroperasi di kawasan sempadan Vietnam dengan China dan wilayah lain termasuklah memiliki 24 plot tanah di persempadanan darat dan 125 plot tanah di sempadan laut.

Mereka menggunakan pekerja China dalam operasi mereka dan ada yang membawa masuk rakyat mereka tanpa memaklumkan kepada pihak berkuasa Vietnam.

Kerajaan Vietnam telah pun menyatakan perasaan bimbang mereka tentang perkara ini dikala hubungan negara itu dan China tegang akibat pertikaian di Laut China Selatan.

Vietnam dan China pernah berperang kerana berebutkan salah satu pulau di Paracel, mengorbankan ramai anggota tentera Vietnam.

Hanoi telah mengarahkan agensi kerajaan untuk menyiasat dan mengambil tindakan termasuk mengkaji semula pelaburan syarikat China itu terutamanya di kawasan sempadan dan pesisir pantai yang membabitkan kepentingan keselamatan, pertahanan negara.

Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc juga campur tangan dalam isu ini dan mahu agensi berkenaan memberi penjelasan.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...