Syarikat LIG Nex1 Korea Selatan Buka Pejabat Di Malaysia, Kerjasama Pertahanan Lebih Erat
Pejabat LIG Nex1 di Kuala Lumpur merupakan pejabat syarikat itu yang keenam di seluruh dunia dan kedua di Asia Tenggara selepas Indonesia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pertahanan Korea Selatan, LIG Nex1 telah merasmikan pejabatnya di Kuala Lumpur semalam, menandakan kerjasama yang lebih erat di antara kedua-dua negara di dalam bidang pertahanan.
Syarikat LIG Nex1 merupakan antara pemain utama industri pertahanan Korea Selatan, dengan pelbagai produk pertahanan yang berkemampuan tinggi dan menjadi pilihan kepada pelbagai negara seluruh dunia.
Pejabat LIG Nex1 di Kuala Lumpur merupakan pejabat syarikat itu yang keenam di seluruh dunia dan kedua di Asia Tenggara selepas Indonesia.
Perasmian pejabat syarikat LIG Nex1 di Kuala Lumpur semalam dihadiri antaranya Duta Korea Selatan ke Malaysia Yeo Seung-Bae, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Mohd Yani Daud, Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin Hj Ludin.
Turut hadir adalah bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pegawai Eksekutif LIG Nex1 Ickhyun Shin serta Pengarah Serantau Pejabat LIG Nex1 Malaysia Daniel Lee.
Dalam ucapannya, Ketua Pegawai Eksekutif LIG Nex1 berkata Malaysia adalah pasaran yang penting bagi syarikat pertahanan Korea Selatan itu di rantau Asia Tenggara dan mahu menjalin kerjasama yang lebih erat dengan pemain-pemain industri pertahanan tempatan.
Ringkasan:
LIG Nex1, sebuah syarikat pertahanan utama Korea Selatan, merasmikan pejabatnya di Kuala Lumpur, menandakan kerjasama erat dengan Malaysia dalam bidang pertahanan. Pejabat ini adalah yang kedua di Asia Tenggara selepas Indonesia dan keenam di peringkat global.
Majlis perasmian dihadiri oleh Duta Korea Selatan ke Malaysia, Yeo Seung-Bae, dan beberapa pegawai kanan pertahanan Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif LIG Nex1, Ickhyun Shin, menyatakan Malaysia sebagai pasaran strategik dan pintu masuk penting bagi kerjasama pertahanan di Asia Tenggara.
Projek awal LIG Nex1 di Malaysia dijangka melibatkan perolehan peluru berpandu K-SAAM untuk kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Peluru berpandu ini, yang berkelajuan Mach 2 dan berjangkauan 20 km, sudah digunakan oleh kapal Tentera Laut Korea Selatan.
LIG Nex1 juga berminat menyertai persaingan untuk membekalkan sistem pertahanan udara jarak sederhana (MERAD) KM-SAM kepada Malaysia. Sistem ini mampu memintas sasaran udara pada ketinggian 15 km dan jarak sejauh 40 km, menggabungkan teknologi dari Blok Barat dan Rusia.
Syarikat itu telah meraih kontrak dengan beberapa negara seperti UAE, Arab Saudi, dan Iraq, memperkukuh reputasinya dalam industri pertahanan global.