Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Labuan “Bergegar” Dengan Deruman Kuat Enjin Pesawat-Pesawat Pejuang, Helikopter TUDM

Pangkalan Udara yang terletak di pulau berdepan dengan Laut China Selatan, tidak jauh daripada ibu negara Sabah, Kota Kinabalu, itu sibuk dengan pelbagai aktiviti ketenteraan kerana semalam menandakan bermulanya Eksesais Ababil 2021, yang akan berlangsung sehingga 17 September depan.

0 4,851

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak daripada semalam, Pangkalan Udara Labuan telah “digegarkan” dengan deruman kuat bunyi-bunyi enjin pesawat-pesawat pejuang dan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang melakukan pendaratan dan berlepas di landasan di pangkalan tentera itu.

Pangkalan Udara yang terletak di pulau berdepan dengan Laut China Selatan, tidak jauh daripada ibu negara Sabah, Kota Kinabalu, itu sibuk dengan pelbagai aktiviti ketenteraan kerana semalam menandakan bermulanya Eksesais Ababil 2021, yang akan berlangsung sehingga 17 September depan.

Kelihatan di pangkalan udara itu hari ini adalah beberapa aset utama TUDM yang terlibat dengan eksesais itu termasuk pesawat-pesawat Hawk 208, Sukhoi Su-30MKM dan helikopter EC-725 TUDM.

Menurut TUDM, Eksesais Ababil bertujuan menguji keupayaan peralatan persenjataan serta kesiagaan aset-aset TUDM bagi menjamin keberkesanan di dalam pelaksanaan tugas operasi bersama.

Eksesais Ababil ini akan bertempat di Pangkalan Udara Labuan dan Kota Belud, melibatkan ruang udara Borneo serta perairan sekitarnya. (kemungkinan Laut China Selatan meliputi ruang udara di Beting Patinggi Ali, yang pemilikannya dipertikaikan oleh China.)

Eks Ababil
Eks Ababil di Labuan

Eks Ababil

“Eksesais yang diadakan selama dua minggu ini bertujuan untuk menilai kecekapan juruterbang-juruterbang TUDM, anggota-anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU) serta pasukan sokongan logistik dalam melaksanakan tanggungjawab bagi melindungi kedaulatan negara,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TUDM beberapa hari lepas.

TUDM juga berkata, sepanjang eksesais berlangsung, pesawat-pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu yang digazetkan kawasan latihan.

“TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah di sepanjang tempoh eksesais.”

Eks Ababil
Hawk 208
Eks Ababil
Pesawat Sukhoi Su-30MKM

Eks Ababil

Eks Ababil
Helikopter EC-725

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...