Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Satu-Satunya Klinik COVID-19 Di Semenanjung Gaza Rosak Dalam Serangan Udara

Menurut laporan oleh agensi berita Associated Press, sebahagian daripada Klinik Al-Rimal yang menempat makmal COVID-19 itu musnah dalam serangan udara yang turut merosakkan Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza.

0 588

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Satu-satunya makmal ujian COVID-19 di Semenanjung Gaza tidak lagi boleh berfungsi selepas klinik yang menempatkannya rosak dalam serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Israel hari ini.

Menurut laporan oleh agensi berita Associated Press, sebahagian daripada Klinik Al-Rimal yang menempat makmal COVID-19 itu musnah dalam serangan udara yang turut merosakkan Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza.

Pejabat Bulan Sabit Merah Qatar turut rosak akibat serangan udara Israel.

Serangan udara itu turut mengakibatkan kakitangan perubatan yang bertugas di kemudahan kesihatan itu mengalami kecederaan, beberapa daripadanya parah.

Sebelum konflik di antara pejuang-pejuang Palestin di Gaza dengan tentera Israel, kemudahan makmal di Klinik Al-Rimal itu menjalankan kira-kira 1,600 ujian COVID-19 di dalam tempoh satu hari.

gaza

Disebabkan kepadatan penduduk yang amat tinggi di Semenanjung Gaza, maka kadar jangkitan penyakit COVID-19 di wilayah yang dikepung dan dijajah oleh Israel itu adalah amat tinggi pada kadar 28 peratus.

Setakat ini pihak berkuasa telah menerima kira-kira 122,000 vaksin COVID-19 menurut World Health Organisation (WHO), tetapi kira-kira separuh daripada vaksin itu gagal digunakan sehingga kini.

Menurut WHO juga, setakat ini 103, 000 penduduk Gaza disahkan positif jangkitan COVID-19 dengan kadar kematian berada kira-kira 3,000 orang.

Palestin mendapat bekalan vaksin, Pfizer dan AstraZeneca daripada program bekalan vaksin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu “COVAX”.

Tindakan melampau Israel di Palestin akan semakin memburukkan jangkitan COVID-19 di kalangan penduduk Palestin.

gaza

Editor Agensi Anadolu Timur Tengah yang berpangkalan di al-Quds (Baitulmaqdis) Turgut Alp Boyraz berkata, perjuangan menentang pandemik di wilayah-wilayah yang dijajah telah terbatas dengan serius oleh kerana sekatan yang dikenakan rejim Israel.

“Situasi di Gaza amat teruk, disebabkan sekatan, mereka tidak mempunyai cara untuk membendung COVID-19. Situasi yang sama juga berlaku di Tebing Barat, dengan penduduk Palestin di sana juga mempunyai akses terhad kepada kemudahan perubatan dan vaksinasi.

“Hospital hampir penuh dan jumlahnya terus meningkat,” katanya semasa forum maya “Harnessing 24-Hour Global Journalism on Palestine Issue” pada Selasa.

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...