Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Gugur Syarat Ketat, Bolehkan Turki Beli 40 Buah F-16 Block 70

Persetujuan oleh pembuat undang-undang Amerika Syarikat untuk menggugurkan syarat ketat itu bakal membolehkan Turki menaiktaraf tentera udarannya yang merupakan negara pengguna F-16 terbesar di luar Amerika Syarikat.

0 3,949

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pembuat undang-undang Amerika Syarikat bersetuju untuk menggugurkan syarat ketat dikenakan terhadap Turki, seterusnya membolehkan negara Mediterranean itu memperolehi 40 buah pesawat pejuang F-16 Block 70 dan 80 kit pemodenan pesawat F-16 sedia ada.

Persetujuan oleh pembuat undang-undang Amerika Syarikat untuk menggugurkan syarat ketat itu bakal membolehkan Turki menaiktaraf tentera udarannya yang merupakan negara pengguna F-16 terbesar di luar Amerika Syarikat.

Turki memiliki kira-kira 250 buah pesawat F-16, dengan sebahagian besar daripada dibina sendiri oleh industri pertahanan Turki.

Draf terakhir National Defense Authorization Act (NDAA) 2023 pada Selasa lepas, tidak menyertakan syarat ketat yang mengkehendaki Turki supaya memastikan pesawat-pesawat F-16 Block 70 dibelinya daripada Amerika Syarikat itu tidak digunakan untuk menceroboh ruang udara negara jiran dan musuh tradisinya, Greek.

Turki telah menyatakan bahawa ia tidak akan membeli pesawat F-16 dan kit pemodenan itu jika ia dikenakan syarat oleh Amerika Syarikat.

F-16 Turki

Pentadbiran Presiden Reccep Tayyep Erdogan berkata Turki bersedia membeli pesawat pejuang daripada beberapa negara lain termasuk Eurofighter Typhoon, Rafale dan Su-35 sekiranya Washington berkeras untuk mengenakan syarat itu.

Syarat itu seolah-olah “mengikat tangan” Turki terutamanya di dalam menggunapakai sistem persenjataannya sendiri.

Pada 2021,Turki telah mengemukakan permohonan kepada Amerika Syarikat untuk membeli 40 buah pesawat F-16 Block 70 dan 80 kit permodenan pesawat F-16 sedia ada yang dianggarkan bernilai US$6 bilion (RM24 bilion).

Apa akan terjadi sekiranya peperangan terjadi diantara Turki dan Greek? Adakah pesawat-pesawat F-16 Block 70 Turki akan hanya digunakan untuk bertahan sahaja dan tidak boleh menyerang? 

F-16 Turki

Walaupun berhadapan dengan syarat kongres Amerika Syarikat yang ketat terhadap pembelian 40 buah pesawat F-16 Block 70 dan “modification kits” pesawat F-16 yang lain, tetapi ia amat memerlukan pesawat pesawat F-16 Block 70 itu untuk bersaing dengan negara jirannya, Greek yang telah menambah kekuatan udaranya.

Pada ketika Tentera Udara Turki “dirudung malang” kerana dihalang daripada memperolehi pesawat F-16 tambahan serta “ditendang keluar” daripada program pembangunan pesawat F-35,  musuh ketatnya iaitu Greek pula baru sahaja menerima enam buah pesawat pejuang Rafale daripada 24 buah yang dibelinya daripada Perancis bernilai US$3.4 bilion (RM13.6 bilion).

Washington menghukum Turki dengan mengeluarkan negara itu daripada program pembangunan pesawat F-35 selepas Ankara berkeras mahu membeli sistem pertahanan udara S-400 buatan Russia.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Amerika bimbang Russia akan menggunakan sistem pertahanan udara S-400 yang diibeli oleh Turki itu untuk “mencungkil” rahsia berkenaan pesawat F-35 itu.

 Selepas “menendang keluar” Turki daripada program pembangunan pesawat pejuang generasi kelima F-35 Joint Strike Fighter dan melarang negara Mediterranean itu daripada membelinya, Washington kini bercadang menjual pesawat F-35 kepada musuh ketatnya iaitu Greek. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...