Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

STM Dari Turki Ketengah Korvet Kelas-Ada Untuk LMS Batch II TLDM

Banyak syarikat-syarikat pembinaan kapal dalam dan luar negara telah pun menyatakan hasrat untuk terlibat dalam program pembinaan yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM6.6 bilion untuk kesemua lapan buah kapal LMS Batch II itu.

0 4,720

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka memulakan perolehan kumpulan kedua kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) pada tahun ini,bagi menambah empat buah kapal LMS yang telah pun diperolehinya sebelum ini.

Banyak syarikat-syarikat pembinaan kapal dalam dan luar negara telah pun menyatakan hasrat untuk terlibat dalam program pembinaan yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM6.6 bilion untuk kesemua lapan buah kapal LMS Batch II itu.

Empat buah LMS Batch II akan dibina pada Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) manakala empat buah lagi akan dibina pada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030).

LMS
Kapal korvet “Ada” Tentera Laut Turki

 

Berbanding dengan empat buah kapal LMS Batch 1 yang hanya dilengkapi meriam kecil, kapal-kapal LMS Batch II yang bakal dibina itu lebih besar dan lebih berat serta dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal “Naval Strike Missile” (NSM).

Sebab itulah nilai keseluruhan kapal-kapal LMS Batch 11 bernilai lebih RM6 bilion berbanding hanya RM1 bilion untuk empat buah kapal LMS Batch 1.

Antara syarikat luar negara yang telah pun menyatakan minat mereka untuk membida projek pembinaan kapal-kapal LMS Batch II apabila tender terbuka antarabangsanya dibuka kelak adalah STM daripada Turki.

Sebagaimana diberitahu oleh pengarah pembinaan tentera laut syarikat itu, Mehmet Selahettin Deniz kepada media pertahanan antarabangsa baru-baru ini, hasil daripada pembincangan syarikat itu dengan TLDM maka ia telah diminta untuk rekabentuk bersesuaian dengan kapal LMS itu.

Ada

Hasil daripada itu, syarikat STM telah mengemukakan rekabentuk kapal korvet kelas-“Ada” yang dioperasikan oleh Tentera Laut Turki pada ketika ini.

Tentera Laut Turki mengoperasikan empat buah kapal korvet kelas-Ada pada masa ini manakala kapal kelas yang sama juga sedang dibina untuk Tentera Laut Ukraine.

Kapal korvet kelas-Ada ini merupakan kapal korvet anti-kapal selam dan peronda yang dibangunkan khusus untuk Tentera Laut Turki dibawah program pembinaan kapal kebangsaan, MILGEM.

Kapal korvet kelas-Ada ini dijana oleh sistem Combined Diesel and Gas (CODAG) terdiri daripada satu gas turbin dan dua gas diesel bagi membolehkan kapal mencapai kelajuan maksimum 30 knot dan beroperasi pada radius 3,500 batu nautika dalam kelajuan 15 knot.

Ia boleh membawa 93 orang krew kapal.

NSM
Peluru Berpandu Anti-Kapal “Naval Strike Missile (NSM)” yang dibangunkan oleh firma Kongsberg daripada Norway.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Dengan panjang keseluruhan kapal 99.56 meter, kapal korvet kelas-Ada memiliki berat 2,400 tan.

Kapal dilengkapi dengan sistem pengurusan peperangan “GENESIS” yang dibangunkan oleh sebuah lagi syarikat pertahanan Turki iaitu, HAVELSAN, Electronic Chart Precise Integrated Navigation System (ECPINS), Integrated Platform Management System (IPMS), SMART-S Mk2 search radar, X-band radar dan fire control radar. 

Manakala daripada segi persenjataan pula, ia dilengkapi dengan meriam Oto Melara 76mm Super Rapid, dua Remote Control Weapon System (RCWS) 12.7mm dan lapan pelancar peluru berpandu anti-kapal Harpoon atau Atmaca yang dibangunkan oleh Turki sendiri. (peluru berpandu anti-kapal akan digantikan dengan NSM jika syarikat STM dipilih)

Kapal kelas-Ada juga dilengkapi dengan peluru berpandu anti-pesawat, RIM-116 Rolling Airframe Missile (RAM) dan dua pelancar torpedo 324 mm Mk. 46.  — DSA

Comments
Loading...